http://an-nawawi.blogspot.com
Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter. Maka berteriakanlah sebahagian orang dengan kalimat-kalimat,
1 - “Apa punya kerajaan! Setakat Turun 20 sen baik tak payah. Sekali naik dahla sampai 78 sen. Sekali turun hampeh!”
2 - “Kedekut punya kerajaan! Ingat kami ni nak sangat ke minyak setakat turun 20 sen tu... Kami tak hairan la...”
Mungkinkah kalimat seperti yang tersebut dan seumpamanya adalah merupakan bentuk-bentuk kalimat yang lahir dari diri-diri manusia yang tidak mengenal ertinya syukur akan nikmat Tuhan-Nya?
Apakah kita tidak menyedari bahawa ia datang dan pergi dengan kehendak Allah?
“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan. Kemudian apabila Dia telah menghilangkan kemudharatan itu dari pada kamu, tiba-tiba sebahagian dari pada kamu mempersekutukan Tuhannya dengan (yang lain), biarlah mereka mengingkari nikmat yang telah Kami berikan kepada mereka; maka bersenang-senanglah kamu. Kelak kamu akan mengetahui (akibatnya).” (an-Nahl, 16: 53-55)
Dengan yang sedikit mengapa kita tidak mahu bersyukur? Mahukan yang banyak pula?
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.” (Ibrahim, 14: 7)
“Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir.” (an-Nahl, 16: 83)
Maka, berhati-hatilah kita dalam mengendalikan lisan masing-masing, supaya terhindar dari melafazkan kalimat-kalimat yang mengakibatkan kufur kepada nikmat Allah.
60 comments:
Maaf, xsetuju.
Umpamakan seorang budak diambil aiskrim magnolia dr tangannya oleh abang sendiri. Kemudian, si abang gantikan dengan coklat bungkus. Biadapkah si adik jika tidak bersyukur dan terus merungut?
Halnya sama di sini. Kerajaan meragut duit rakyat sebanyak 78sen seliter. Sedangkan kerajaan bukan tak mampu tanggung. Ingat, harta kerajaan itu harta rakyat. Kemudian mengurangkan harga sebanyak 20 sen untuk ambil hati kembali. Maka biadapkah jika rakyat meleter?
Ini bukan soal bersyukur atau tidak. Kalau mmg tidak mampu tanggung dr awal harga minyak itu lain. Ini kerajaan masih mampu tanggung kerana peningkatan cukai Petronas tetapi tetap naikkan dan kemudian turunkan demi ambil balik hati rakyat.
Salahkah jika rakyat terluka dan merungut?
Nak jadi daei, bukan saja kena faham agama. Tapi juga kena faham ilmu ekonomi. Baru bilqa ulas bab2 macam ni, tidak nampak tidak cerdik di mata pembaca lainnya!
>> sekadar teguran di bulan puasa..
Salam..
Lagi satu, TOLONG JANGAN PAKAI TAJUK YANG MENGELIRUKAN. Bila masa minyak turun 20 sen? Sapa cakap? Mana sumber? Pak Lah pun cakap nak turun. Tapi xtahu bile.
"Maka, apabila khabar berkenaan minyak petrol diturunkan sehingga RM0.20 seliter"
Mana sumber hingga kamu tulis ayat sebegini??
Tolonglah update sikit isu semasa..
Saya tarik kembali comment ke 2. Tapi saya tegur bahawa selagi maklumat tidak sahih, adalah lebih baik diletak saja "Minyak Turun" drpd "Minyak Turun 20 sen".
Maknanya, perkara tersebut cuma diperingkat cadangan. Belum sahih.
HANCUR BN!!
as-Salaamu 'alaikum,
Saya sengaja meletakkan tajuk "20 Sen"... Tanpa mengaitkan dengan isu sebenar. Apa yg saya mahu tonjolkan adalah sikap masyarakat.
Berkenaan ais krim magnolia, bercakap agama jangan mendahulukan logik dan mantiQ yg kesasaran. Sebaliknya logik dan mantiQ harus ditundukan dengan hujjah bersumberkan dalil yg sahih.
Kedudukan pemimpin dengan dengan abang yg merampas ais krim magnolia tidak boleh dikiaskan sama sekali. Sekaligus hanya menampakkan kebodohan org yang menggunakannya.
Maka, jika benar kalian mahu menasihati pemimpin, nah ini caranya,
"Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya. Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim dan turut disahihkan oleh Syaikh al-Albani di dalamkitabnya, Dhilalil Jannah)
Manakala dari Usamah bin Zaid beliau pernah ditanya:
“Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahsia.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)
"Wajib bagi kamu untuk mendengar & taat dalam keadaan senang atau susah, serta dalam keadaan terpaksa mahu pun redha, juga dalam keadaan penguasa merampas harta-harta kamu dan memukul pungung-punggung kamu." (Hadis Riwayat Muslim)
ustaz, ada org bgtau saya bahawa org yg mengaku berdakwah melalui nasyid2 ni bid'ah dolalah sbb nabi tak pernah buat pun, menyanyi dpn org ramai, pulak tu mengaku sebagai daie. betul ka? nak mintak komen sikit bole?
maaf la soklan saya tadi lari dari topik
Tanpa nama, maaflah, saya bukannya ustaz. Saya cuba bantu secara terus setakat yg mampu atas pengetahuan yg sedikit. Persoalan muzik dan lagu itu sendiri menjadi satu perbahasan yang hebat. Dan terdapat perbezaan pendapat dalam hal ini.
Sebahagian pihak mengatakan muzik dan lagi itu harus, asalkan ianya tidak melalaikan dan mengandungi unsur2 yg haram.
Sebahagian pendapat lagi mengatakan, muzik dan lagu itu termasuk hal yg diharamkan dengan membawakan beberapa dalil.
Apa yang jelas, adalah yang memiliki dalil yang jelas. Maka, sebagai langkah yang terbaik adalah meninggalkan hal tersebut. Sekaligus dapat keluar dari syubhat.
Berkenaan nasyid. Sebahagian ulama menyatakan ia memang bid'ah. Di mana ia telah wujud sejak zaman nabi lagi, tetapi nabi sendiri bersama sahabat2nya tidak berdakwah dengan nasyid, malahan mengahramkan nyanyian kecuali nyanyian dari budak kecil di hari perayaan dan walimah.
Kalau kita melihat dunia nasyid hari ini, makanya tidak syak lagi ia penuh dengan bid'ah di mana perbuatan melagukan ayat2 al-Qur'an sebagai bahan hiburan, hadis-hadis nabi dinyanyikan dengan rentak2 tertentu, zikir2 ciptaan dan rekaan dilaungkan, zikir2 yang sunnah dilagunkan dalam bentuk berlagu yang tidak keruan dan jauh dari ruh Islam yg berpandukan dalil sahih.
Malah, nasyid sebenarnya bukan dakwah tapi sebenarnya hiburan yg mengkhayalkan. Juga racun yg cuba membunuh para pencinta Islam secara halus.
Wallahu a'lam.
Terima kasihlah sebab sinis mengatakan saya bodoh.
Anda gagal memahami maksud saya. Soal yang mahu saya timbulkan bukan rakyat tidak mahu bersyukur, tetapi rakyat dianiaya. Kemudian dibelai dan kemudian disuruh bersyukur!
Kamu cukup lemah menangkap maksud.
Contoh lagi, katalah seorang raja siksa rakyat dia. Kemudian selepas di siksa, raja bagi makan roti untuk pujuk hati rakyat. Maka biadapkah rakyat jika masih melenting, masih merungut raja tidak adil?
Ini soal keperitan hidup.
Kalau masih tak reti dan tak mahu mengerti tak tahulah... Ini kiasan yang sangat mudah.
Rakyat merungut bukan sebab tidak bersyukur. Tapi sebab apa yang ditanggung tidak setimpal. Tolong fahami keadaan rakyat semasa!
Taat? Jangan ambil hukum dengan baca 1-2 hadis. Anda tahu apa itu ulil amri? Siapa ulil amri yang patut ditaati? Bagaimana mentaati? Bolehkah pemim[in sekarang dikategorikan sbg ulil amri yang kita wajib patuh pada dia?
Kalau kritik hanya secara diam-diam, pasal apa Dato asri dan Dato Harussani kritik gov Malaysia dalam isu ISA dan tugu negara? Berdosakah mereka?
Bagaimana dengan ulama'2 seluruh dunia seperti Ikhwan yang menentang kerajaan sekularis Mesir? Haramkah? Sedangkan Syeikh BIn Bazz Imam Wahabi yang kamu ikut sendiri kata WAJIB UNDI GERAKAN ISLAM!! Bagaimana? Tolong bagitahu saya adakah mereka sesat?
Berkenaan bidaah. Anda pasti nasyid itu bidaah? Yakin?
Nabi pernah dengar bersama Umar puak Habsyah menyanyi, Umar cuba larang, tapi nabi kata ,"Biarlah"..
Bagi aku, selagi mana muzik itu tidak melalaikan, hukumnya tentu boleh.
Usul fiqh, semua benda harus melainkan ada dalil mengharamkan.
Kamu kata, Nabi mengharamkan nyanyian. Nyanyian yang bagaimana? Apa dalilnya. Sebab wurud hadisnya? Tolong perjelas. Tolong jawab dengan jelas. jangan skip2.
Kamu kata:
Kalau kita melihat dunia nasyid hari ini, makanya tidak syak lagi ia penuh dengan bid'ah di mana perbuatan melagukan ayat2 al-Qur'an sebagai bahan hiburan, hadis-hadis nabi dinyanyikan dengan rentak2 tertentu, zikir2 ciptaan dan rekaan dilaungkan, zikir2 yang sunnah dilagunkan dalam bentuk berlagu yang tidak keruan dan jauh dari ruh Islam yg berpandukan dalil sahih.
Padahal Nabi kata:
“Hiasilah Al-Qur’an itu dengan suaramu, karena suara yang indah akan menambahkan keindahan Al-Qur’an”
HR Al-Hakim, I/575; Abu Daud no. 1320; Ibnu Sa’ad, VI/90; dan di-shahih-kan oleh Albani dalam Ash-Shahihah, II/414
Tolong check juga apa Imam Thabari kata dalam hal ini.
Jangan senang-senang haram. Sedangkan ia bukan haram qatie. Ni kali pertama aku dengar orang kata nasyid haram. Tapi kalau Kerajaan buat konsert Avril, kena biar. Jangan bising2. Sebab kan kena taat....
Ulamak lain sebelum nak keluarkan hukum, abis dalil dikoreknya. Bukan setakat letak satu dua hadis lepas tu kata haram itu haram ini. Ilmu hadis tu cukup luas.
Kemudian, dibincang pulak dengan puluhan malah ratusan ulamak lain, baru diputus hukum. Bukan senang-senang cakap haram. Dan bukan calang2 orang boleh bagi fatwa hukum.
Aku nak tanya, adakah islam mengharamkan Hiburan? Walaupun Hiburan itu mendekatkan diri pada Tuhan? Kalau nasyid ni haram, irama apa yang halal?
Aku teringat lagu Hijjaz, tajuk dia xingat, tapi lagu dia zikir dengan alunan zapin. Sorang kafir dari Sabah masuk islam sebab lagu tu.
Btw, menda ni fiqh. Aku ikut mufti-mufti besar. Ikut Ijmak ulamak. Nasyid tak haram. Malah lagu2 yang baik dan ada unsur nasihat serta tidak lagha pun boleh.
Nawawi nak kata haram itu ikut dialah...
-Pinggiran Putrajaya-
Tak payahlah pancung sangat kawan-kawan akhi legasi. Ana ada setuju dengan enta dan nawawi ni. Dapat nikmat kenalah bersyukur.
Cuma, artikel ni kena juga sebut yang rasa syukur ini tak boleh diikuti rasa redha pada kezaliman dan kejahatan penguasa. Minyak turun seposen (Bukan 20 sen ya nawawi..) kena syukur. Tapi ingat2lah masa depa duk buat zalim kat kita. Penaik 78 sen sampai rakyat derita.
Ana rasa itulah yang legasi nak bagitahu. Rasanyalah. Kan?
Ana harap Nawawi boleh tulis yang itu sekali dalam artikel ini. Baru orang yang baca akan terbuka untuk terima. Sebab sekali baca artikel ni, seolah2 kita kena redha dan angguk kpd kerajaan dengan naiknya 78 sen dan bersyukur bila turun sikit. Macam baca Utusan pulak.
Lagi satu, elakkan hina orang dengan perkataan bodoh atau seumpamanya. Akhlak kena jaga. Kalau kawan salah, takkan nak kata bodoh?. Banyak cara lain lagi. Ilmu dengan akhlak mesti seiring.
Ok, selalu juga baca blog ni, tapi tiba2 je hari ni hangat. Tu yang campur bincang jugak tu. Hehehe.
Selamat berpuasa.
Assalamualaikum.
1. Masih ramai dikalangan kita ini tidak reti bersyukur.
2. "Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah." - AlQuran, Al-Baqarah: 172
3. Janganlh diangkat Nafsu serta ketepikan AlQuran dan Sunnah.
4. Syabas Nawawi. Saya amat stuju kritikan pedas anda ini.
5. Kata Imam Malik: "Umat ini tak akan selamat kecuali kembali kepada umat terdahulu (para sahabat)."
6. Jangan dilayan sangat 'salakan' mereka2 itu.
7. Selamat berpuasa.
8. Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri. Taqaballahu Minna wa Minkum.
Pemimpin yg zalim adalah balasan buat masyarakat yg zalim.. kalau nak faham lebih lanjut, baca artikel saya sebelum ini bertajuk "Pemimpin Yg Baik Lahir Dari Masyarakat Yg Baik".
Jgn kita cepat salahkan org lain, mungkin apa yg diberikan kpd kita adalah balasan buat kita sendiri. Dalam masa yg sama, tidak sekali2 saya membela sesiapa sama ada dari pihak kerajaan mahupun masyarakat. Apa yg mahu saya bawakan, adalah sikap kita dalam menghadapi satu2 keadaan.
Perlu kita ingat, di dalam kita mengahadapi kezaliman pemerintah, adakah kita menangani dengan jalan sunnah atau dengan jalan bid'ah? atau dengan jalan emosi dan kemarahan? maka, akibatnya akan terhasil berbalik kpd kepada kita begantung dari usaha2 kita sendiri.
Berkenaan muzik, sila bawakan hadis ttg umar dan lagu org habsyah tu. Lagu yg macam mana? Riwayat siapa dalam kitab mana, senang nak semak. Apakah muzik yg nabi maksudkan? Syair atau nyanyian? Org baca Qur'an sama ke macam org bernasyid? klulah org baca Qur'an sama mcm nyanyi lagu Siti ke, XPDC ke, Metalasia ke, Misha Omar ke, ok tak? itu dikira sebagai indah dan menghiasai al-Quran tak?
“Ada dua buah suara yang dilaknat di dunia dan akhirat, iaitu seruling ketika mendapat nikmat dan loceng ketika terkena musibah.” (Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Dihasankan oleh al-Albani, Tahriimu Aalati at-Tharb)
“Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah. Maka berdirilah salah seorang muslimin: Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi? Baginda Rasulullah menjawab: “Apabila telah berleluasa artis dan alat-alat muzik, dan khamar diminum (secara terbuka).” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh al-Albani, Tahriimu Aalati at-Tharb)
al-Albani yg banyak menyentuh ttg hadis2 muzik pd zaman ini sendiri menyatakan bahawa nyanyian yg dibenarkan adalah khas kepada nyanyian kanak2 di dalam majlis walimah & perayaan. Rujuk adab az-Zafaf oleh al-Albani.
Hahaha.. kalaulah pemimpin yang baik itu hanya lahir dr masyarakat yang baik, aku nak tanya bagaimana dengan Ali. Dia memimpin di kala umat islam hancur lebur, derhaka etc. Adakah dia pemimpn yang tidak baik?
Kenapa tidak di kira bahawa "Akhlak masyarakat mengikut akhlak pemimpin? Masyarakat rosak jika pemimpin rosak? mengapa hanya disalahkan masyarakat jika pemimpin jahat?
Ayam sungguh...
Tengok kawan2, ada dia jawab soalan aku?. mengelat pulak. Jawab dulu soalan2 aku. Pro la sikit...
2. pasal nasyid.
Nawawi kata:
klulah org baca Qur'an sama mcm nyanyi lagu Siti ke, XPDC ke, Metalasia ke, Misha Omar ke, ok tak? itu dikira sebagai indah dan menghiasai al-Quran tak?
Aku kata:
Ada ke kita tengah bincang pasal Metallica atau Siti? kita bimncang pasal Raihan, Yusuf islam, rabbani. Awat slow sangat ni?
Aku tanya sekarang, kalau betul haram. pasal apa ulamak sekarang tak bberbunyi apa2? asri tak kata apa2, harussani xb kata apa2. Hang budak kecik pulak bising.
Ingat, kita tak bincang pasal siti dan aurat suara dia. Tolong reti sikit.
Al-Ghazali kata bahawa Imam Syafi'i kata, sepanjang pengetahuannya (syafi'i) x ada seorangpun dari para ulama Hijaz yang benci mendengarkan nyanyian, suara alat-alat musik, kecuali bila di dalamnya mengandung hal-hal yang tidak baik. Maksud ucapan tersebut adalah bahwa macam-macam nyanyian tersebut tidak lain nyanyian yang bercampur dengan hal-hal yang telah dilarang oleh syara'.
Rujuk Ihya Ulumiddin.
Salakan? hahaha.. tanpa nama oooiiii, Kalau aku dikata menyalak, aku bercakap dan jawab tanpa skip soalan. Aku jawab semua. Nawawi? hehehe..
Nawawi, tolong jangan skip soalan aku pasal ulil amri, kritikan terhadap pemerintah dan kewajipan ikut gerakan islam dinegara sekular. Jangan lari2.
Jangan jawab soalan aku dengan soalan.
Begitu juga, jangan suka hukum bidaah. kalau nabi tak buat , itu bidaah. wasilah dalam islam ni tidak jumud dan terkongkong. Selagi tak langgar syariat, ia boleh.
Kalimat kullu dalam kullu bidaatin dhollalah... itu pun selepas dibincang oleh ulamak2 muktabbar akhirnya memutuskan bukan kullu yang bersifat menyeluruh.
Ok, salam..
Kawan kamu,
Legasi Ummah
Nawawi,
Tolong baca kitab Bicara seni karya Qardhawi.
Para ulama Hanafiyah mengatakan bahwa nyanyian yang diharamkan itu adalah nyanyian yang mengandung kata-kata yang tidak baik, seperti menyebutkan sifat-sifat lelaki bujang dan perempuan dara, atau sifat-sifat seorang wanita yang masih hidup. Adapun nyanyian yang memuji keindahan bunga, air terjun, dan pemandangan alam lainya maka tidak ada larangan sama sekali.
Memang ada orang orang yang menukilkan pendapat dari Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahwa ia benci terhadap nyanyian dan tidak suka mendengarkannya. Baginya orang-orang yang mendengarkan nyanyian telah melakukan perbuatan dosa. Di sini harus dipahami bahwa nyanyian yang dimaksud Imam Hanafi adalah nyanyian yang bercampur dengan hal-hal yang dilarang syara'.
Ibnu An-Nahawi dalam kitab Al 'Umdah mengatakan:
"Menyanyi dan mendengarkannya telah dibolehkan (halal atau mubah) dari sejumlah sahabat dan tabi'in, di antara sahabat adalah Umar, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Barr dan lainnya.
Juga Utsman, sebagaimana dinukil oleh Al Mawardi dan Shahibul Bayan dan Ar-Rafi'i. Juga Abdur Rahman bin 'Auf sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah. Juga Abu 'Ubaidah Ibnu Jarrah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi. Juga Sa'ad bin Abi Waqqas, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah.
Juga Abu Mas'ud Al Anshari sebagaimana diriwayatkan oleh Al Baihaqi. Juga Bilal dan Abdullah bin Arqam dan Usamah bin Zaid, sebagaimana diriwayatkan oleh Al Baihaqi, Hamzah sebagaimana di dalam Shahih, Ibnu Umar sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Thahir, Bara' bin Malik sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Abdullah bin Ja'far sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Barr, Abdullah bin Zubair sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Thalib Al Makki, Hassan bin Tsabit sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Faraj Al Ashfahani, Abdullah bin Amr sebagaimana diriwayatkan oleh Zubair bin Bakkar, Qurdzah bin Ka'ab sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Qutaibah, Khawwat bin Jubair dan Rabah sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Thalib Al Makki, 'Amr bin Ash sebagaimana diriwayatkan oleh Al Mawardi, Aisyah dan Rubayyi' sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam shahihnya dan Imam lainnya. Adapun para tabi'in adalah, Sa'ad bin Musayyab, Salim bin Abdillah bin Umar, Ibnu Hassan, Kharijah bin Zaid, Syuraih Al Qadhi, Said bin Jubair, 'Amir Asy-Sya'bi, Abdullah bin Abi Atiq, 'Atha' bin Rabah, Muhammad bin Syihab Az-Zuhri, Umar bin Abdul 'Aziz, dan Sa'ad bin Ibrahim Az-Zuhri. Dari kalangan tabi'it tabi'in adalah banyak sekali, antara lain Imam yang empat (madzahib), Ibnu 'Uyainah dan Jumhur Syafi'iyah."
Ini semuanya disebutkan oleh Imam Syaukani di dalam Nailul Authar (Nailul Authar, Jilid VIII).
“Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah. Maka berdirilah salah seorang muslimin: Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi? Baginda Rasulullah menjawab: “Apabila telah berleluasa artis dan alat-alat muzik, dan khamar diminum (secara terbuka).” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan dihasankan oleh al-Albani, Tahriimu Aalati at-Tharb)
Menarik. Tolong rujuk apa tafsir ulamak berkenaan "Apabila telah berleluasa artis dan alat-alat muzik". Artis yang bagaimana dan alat muzik yang bagaimana?
Kalau tak dibolehkan langsung hiburan dalam islam, aku tak fikir ulamak2 zaman sekarang sanggup subahat. Mufti kita sanggup subahat. Para sahabat sanggup halalkan. Ulamak dahulukala terus benarkan. Tak mungkin.
Salakan? Huh, lantakla Tanpa Nama. Boleh tahan bahasa penyokong ko nawawi.. Selamat Hari raya. maaf zahir batin Tanpa nama. LOL .:D
Ok, tarawih..
-Pinggiran Putra-
as-Salaamu 'alaikum,
Legasi Ummah berkata:
Hahaha.. kalaulah pemimpin yang baik itu hanya lahir dr masyarakat yang baik, aku nak tanya bagaimana dengan Ali. Dia memimpin di kala umat islam hancur lebur, derhaka etc. Adakah dia pemimpn yang tidak baik?
Saya berkata:
Sungguh menunjukkan anda berfikir dan bertindak dengan nafsu/emosi. Yang berkata bukan saya, tetapi dalil. Seterusnya, perlu anda fahami bahawa di atas kerana mayarakat mula berubah menjadi buruk pada zaman tersebut (Ali Radhiyallahu ‘anhu) dan fitnah mula melanda dengan hebat di zaman itu, maka corak pentadbiran mula berubah sedikit demi sedikit. Perhatikanlah wahai Legasi Ummah!
Rujuk baik2 perkataan Imam Ibnu Katsir Rahimahullah di dalam tafsirnya,
“Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 436-437)
Legasi Ummah berkata:
Kenapa tidak di kira bahawa "Akhlak masyarakat mengikut akhlak pemimpin? Masyarakat rosak jika pemimpin rosak? mengapa hanya disalahkan masyarakat jika pemimpin jahat?
Ayam sungguh...
Saya berkata:
Masyarakat itu ramai. Tetapi pemimpin hanya seorang. Kamu mahu pemimpin kamu baik. Tetapi, kamu terlebih dahulu tidak pernah mahu menjadi baik. Kamu tahu pemimpin kamu salah. Lalu kamu menyalak mahukan pemimpin menjadi baik mengikut acuan Islam. Tetapi sungguh malangnya, kamu hanya tahu bercakap dan tidak pernah mahu menunjukkan akhlak sebagai seorang Islam yang memegang as-Sunnah. Tidak mahu mempraktikkan sunnah untuk menegur pemimpin kamu. Tetapi kamu hanya pandai bercakap tentang sunnah apabila kepentingan kamu dikacau! Jelas, itu adalah nafsu emosi dan bukan sebuah keikhlasan demi Islam.
Fahami firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut (maksudnya),
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)
“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)
Kamu sendiri meminggirkan sunnah, maka kamu sewajarnya berfikir kembali untuk meminta yang bukan2!
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya)
“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 3, m/s. 430)
Legasi Ummah berkata:
Ada ke kita tengah bincang pasal Metallica atau Siti? kita bimncang pasal Raihan, Yusuf islam, rabbani. Awat slow sangat ni?
Saya berkata:
Saya mahu bertanya, apa itu definisi nasyid? Hakikatnya, nasyid dan lagu2 lainnya adalah sama saja. Tiada bezanya. Hadis ibnu umar yg kamu maksudkan itu juga kamu tidak mampu membawakannya… Maka, biarkan saya membawakan hujjah saya. Oh ya, untuk pengetahuan kamu, hujjah2 Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah berkenaan halalnya muzik, telah pun dijawab oleh Syaikh al-Albani di dalam satu buku khasnya tentang muzik. Sila dapatkannya di pasaraa. Sudah diterjemahkan. Atau anda boleh download di sini - http://www.4shared.com/file/31218981/7c11af67/al-Albani_-_Hukum_Lagu__Muzik.html . Silakanlah membuat perbandingan. Jangan hanya pandang sebelah pihak. Mentang kamu ni peminat/penggemar muzik, maka kamu hanya baca hujjah pihak yang menghalalkannya…
Ok, berkenaan seterusnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.” (Surah Luqman: 6)
Di dalam Tafsir ath-Thobari, (berkenaan ayat tersebut):
1 – Muzik/nyanyian termasuk di dalam maksud perkataan yang tidak berguna (لَهْوَ الْحَدِيثِ).
2 – Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawa ia berkata: “Perkataan yang tiada berguna adalah perkataan yang batil dan nyanyian.”
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir:
1 – Dari Ibnu Masoud r.a. beliau menyatakan bahawa, “Demi Allah yang tiada ilah yang berhak disembah selain Dia maksudnya ialah nyanyian” (Bliau mengucapkan/menegaskannya 3 kali)
2 – Demikian juga yang dinyatakan oleh Jabir, Ikrimah, Sa’id bin Jubeir, Makhul, Maimun bin Mihran, Amru bin syu’aib, dan Ali bin Badzimah.
3 – Hasan al-Basri (dari generasi Tabi’in) menyatakan bahawa, “Ayat ini turun berkenaan dengan nyanyian dan alat muzik.”
Di dalam Tafsir al-Qurthubi:
1 – Perkataan yang tiada berguna adalah maksudnya nyanyian dengan merujuk kepada tafsiran Ibnu Mas’oud r.a. dan Ibnu Abbnas r.a. Begitu juga yang dinyatakan oleh Mujahid dan Jabir bin Abdullah.
2 – Abul Faraj Ibnul Jauzi juga menyebutkan hal yang sama dari al-Hasan, Sa’id bin Jubeir, Qotadah, dan an-Nakha’i.
3 – al-Qurthubi rahimahullah berkata, “Aku katakan, inilah tafsiran yang paling benar berkenaan maksud ayat ini sehingga Ibnu Mas’oud r.a. bersumpah dengan nama Allah 3 kali bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan yang tidak berguna adalah nyanyian.
4 – Begitu juga pendapat dari Ibnu Umar r.a.
Dalam Kitab Ruuhul Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an al-Azim was Sab’ul Matsani oleh al-Alusi:
1 – Diriwayatkan dari Ibnu Abi Nujeih dari Mujahid rahimahullah, ia berkata, perkataan yang tidak berguna itu adalah nyanyian dan mendengarkannya.
2 – Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari al-Hasan rahimahullah bahawa ayat ini turun berkenaan dengan nyanyian dan alat muzik.
Dari atsar Para sahabat:
1 – Dari Abdullah bin Abbas r.a.: “Ayat ini turun berkenaan pengharaman nyanyian dan sejenisnya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam Adabul Mufrad, 1265. al-Baihaqi dalam kitab Sunan-nya, 9/221)
2 – Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), bahawa lalu di hadapan beliau satu rombongan orang yang berihram, di antara mereka ada seorang lelaki yang bernyanyi. Maka beliau berkata: “Ketahuilah, Allah tidak akan mendengarkan kalian! Ketahuilah, Allah tidak akan mendengarkan kalian!” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya)
Ayat seterusnya daripada ayat ke-6 tadi,
Dari Surah Luqman: ayat 7, (maksudnya): “Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami dia berpaling dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada penyumbat di kedua telinganya; maka berilah khabar gembira kepadanya dengan azab yang pedih.”
* Sedikit komentar/bantahan berkenaan sekitar isu dan permasalahan Muzik/nasyid Islami: dengan ayat-ayat yang biasa mereka tidak mahu mendengar. Kenapa pula perlu kepada muzik dan nyanyian untuk menyampaikan baru mereka mahu mendengar. Adakah mereka mahu mendengar dan beramal dengannya ataukah mereka hanya mahu mempermain-mainkan ayat-ayat Allah dan agama Allah?
Berikut dibawakan hadis:
“Bukan dari golongan kami orang yang tidak membaguskan suara ketika membaca al-Qur’an.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Kitab Tauhid, an-Nasa’i dalam Iftitah, 1005)
“Hiasilah al-Qur’an dengan suara-suara kamu.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, dalam Fadhailul Qur’an, 4660)
Apakah yang dimaksudkan dengan membaguskan suara dan menghiasi al-Qur’an dengan suara-suara kamu itu sebagai melagukannya dengan nyanyian dan alat-alat muzik? Sila bawakan tafsiran para salaf (ijma’ golongan generasi awal) jika benar ianya demikian.
Daripada firman Allah s.w.t.:
“Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (al-A'raaf: 204)
Apakah terdapat penghayatan di dalam/melalui Nayid-nasyid Islami akan halnya ayat tersebut? Apakah yang dinamakan memainkan gitar, drum, keybord itu sebagai menghayati seruan al-Qur’an sepertimana yang diminta dalam ayat di atas? Apa yang dapat dilihat, mereka hanya mahu berhibur. Si penyanyi dengan lagunya, manakala si pemain alat muzik, khusyu’ dengan permainannya, dan si pendengar merasa terhibur dan khayal. Na’uzubillah, wallahu a’lam...
Beberapa Hadis Bekenaan Haramnya Muzik:
Hadis dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan khamr, judi, dan gendang.” (Hadis riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ahmad, dan selainnya. Disahihkan oleh al-Albani, Tahriimu Aalath Ath-Tharb halaman. 56)
Hadis Imran bin Husain, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Akan datang dalam umat ini kehinaan, keburukan, dan fitnah.” Maka berdirilah salah seorang Muslim: “Wahai Rasulullah, bilakah itu terjadi?” Beliau menjawab: “Apabila telah muncul biduanita dan alat-alat muzik dan khamr diminum.” (Dikeluarkan oleh at-Tirmizi dan dihasankan oleh Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath-Tharb halaman 56)
Berdasarkan hadis-hadis tersebut maka para Salaf benar-benar mengharamkan nyanyian dan sangat menjauhinya, di antaranya riwayat Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
“Rebana itu haram, alat-alat muzik haram, gendang itu haram, dan seruling itu haram.” (Dikeluarkan oleh Baihaqi dan Hadis ini hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 92)
Riwayat Said bin al-Musayyab r.a., ia berkata:
“Sesungguhnya aku membenci nyanyian dan menyenangi kata-kata yang indah (pantun).” (Dikeluarkan oleh Abdurrazzaq dalam Mushannaf dan Hasan menurut Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalati Ath Tharb halaman 99 dan 101)
Diriwayatkan dari Jabir r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku tidaklah melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan, dan senandung syaitan. Dan suara ketika mendapat musibah, iaitu tamparan wajah, koyakan baju dan jeritan syaitan.” (Diriwayatkan oleh at-Timidzi dalam Sunan-nya, dan ia menyatakan bahawa hadis ini hasan. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan juga ath-Thahawi dalam Syarh al-Ma’aani. Hadis ini turut dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas umatku Khamar, judi, minuman keras dari gandum, dan gendang (Kuubah) serta drum (qinnin). Dan menambahkan untukku solat witir.” (Hadis ini sahih menurut Syaikh al-Albani, Rujuk: Sahihul Jami’, 1708)
Dari Hadis Abu Daud, beliau meriwayatkan, dalam Kitab Sunan-nya bahawa dari Nafi r.a. ia berkata: “Ibnu Umar r.a. mendengar suara muzik, maka iapun meletakkan jarinya pada kedua telinganya dan menjauh dari jalan. Ia berkata kepadaku, “Hai Nafi, apakah engkau masih mendengar sesuatu?” Aku menjawab, “Tidak!” Maka beliaupun melepaskan jarinya dari telinganya dan berkata: “Aku pernah bersama Nabi s.a.w. lalu beliau mendengar seperti ini dan beliaupun melakukan seperti itu.” (Rujuk Sahih Abu Daud, 4116)
Imam al-Qurthubi menjelaskan berkenaan hadis tersebut di dalam tafsirnya dengan menyatakan: “Ulama kami mengatakan, “Jika demikian yang mereka lakukan terhadap suara yang tidak keluar seperti biasanya, bagaimana dengan suara nyanyian orang-orang zaman sekarang dan suara alat muzik mereka?”
Imran ibn Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran dalam umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah s.a.w.? Beliau bersabda mafhumnya: “Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan diminum khamr (arak)” (Hadis ini Sahih, diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadis ini menurut riwayat at-Tirmidzi. Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, 1801-2323. Sahihul Jami’ As-Sagheer, 4273 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, oleh Syaikh Muhammad Nasihruddin al-Albani)
Anas ibn Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Pasti akan berlaku kemusnahan, lontaran dan pengubahan rupa dalam umat ini, iaitu apabila mereka meminum khamr, mengambil biduanita-biduanita dan membunyikan alat-alat muzik. (Hadis ini sahih, Diriwayatkan oleh Ibn Abid Dunya dalam “Dzam al-Muhalli” Juz. 1/1530. Hadis ini juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya daripada Imran ibn Husain. Imam Ahmad dan Ibn Abid Dunya meriwayatkan juga daripada Abi Umamah dan ia diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah oleh at-Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer 5467 dan Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 2023 as-Syaikh al-Albani)
Imran ibn Husain dan Abu Saaid r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Akan berlaku kemusnahan, lontaran dan perubahan rupa di akhir zaman iaitu lahir alat-alat muzik, biduanita-biduanita dan apabila khamr dihalalkan” (Hadis ini sahih, Riwayat at-Tirmidzi dan at-Thabarani)
Abu Maalik al-Asyaari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Orang-orang dari umat ku pasti akan meminum khamr yang mereka namakannya dengan bukan nama khamr, di-mainkan alat-alat muzik ke atas kepala mereka dan biduanita-biduanita. Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi. (Hadith ini sahih - Riwayat Ibn Maajah, al-Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan at-Thabarani. Sila lihat Sahihul Jami’ as-Sagheer, 5454, Silsilah al-Ahadis as-Sahihah, 90, 91 dan Sahih Ibn Maajah 3247–4020)
Abu Maalik al-Asyaari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Akan ada beberapa kaum dari umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi. Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata: Datanglah semua menemui kami esok. Lantas Allah s.w.t. memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat. (Hadis ini sahih – Riwayat al-Bukhari dalam kitab sahihnya (4/30). Sila lihat Silsilah al-Ahadis as-Sahihah 1/91/139-147 dan Sahih al-Jami as-Sagheer, 5466)
Perlu diketahui, mendahulukan tafsiran dan perkataan para salaf as-Soleh (generasi awal yang terbaik) adalah lebih utama dalam setiap persoalan dan permasalahan agama. Ini adalah lebih utama apabila ia datangnya dari perkataan/tafsiran generasi para sahabat Rasulullah s.a.w. sendiri. Ini adalah kerana mereka adalah generasi yang terbaik yang diberitakan oleh al-Qur’an dan hadis, malah zaman mereka lebih dekat dengan turunnya ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis disampaikan. Malahan, sebahagian besar daripada mereka berada bersama-sama Nabi s.a.w. di ketika turunnya ayat-ayat Qur’an. Maka, oleh kerana itulah, sudah pasti mereka lebih mengetahui akan maksud, tujuan, penafsiran, sebab, dan intipati wahyu atau hadis itu disampaikan.
Perkataan Para Imam Dalam Persoalan Muzik Dan Nyanyian
1 - Syaikh al-Albani rahimahullah berkata, “Mazhab yang empat sepakat atas haramnya seluruh jenis alat muzik.” (Silsilah hadis as-Shahihah, 1/145)
2 – Tidak ada seorang pun dari pengikut para imam yang empat yang menyebutkan adanya perselisihan dalam hukum alat muzik ini. (al-Majmu’, 10/576)
3 – Pemain muzik ditolak riwayat hadis dan kesaksiannya. Ini adalah berdasarkan tulisan al-Kasaani di dalam Kitab al-Badaai’: “Adapun mereka yang memainkan salah satu jenis muzik ini maka perlu dilihat jika masih wajar seperti memukul batang kyu, duff (rebana), dan sejenisnya maka tidak mengapa, dan tidak gugur penyaksiannya. Namun jika tidak wajar, seperti gendang dan sejenisnya maka gurulah kesaksiannya, kerana alat-alat tersebut tidak halal sama sekali. (6/269)
4 – Imam Malik rahimahullah ditanya tentang boleh atau tidaknya muzik bagi penduduk Madinah. Beliau menjawab: “Sesungguhnya yang bermain muzik di kalangan kami adalah orang-orang fasik.” (Disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam Kitab Talbisul Iblis, hal. 244. dengan sanad yang sahih dan perawi yang tsiqah dari perawi yang diterima oleh imam Muslim)
5 – Ibnu Abdil Barr rahimahullah berkata: “Termasuk usaha yang disepakati keharamannya ialah riba, upah pelacur, wang haram, rasuah, mengambil upah atas pekerjaan meratab dan menyanyi, perbuatan perdukunan, permainan ilmu ghaib, wang jualan alat muzik...” (al-Kaafi)
6 – Imam ath-Thobari berkata: “Adapun Malik bin anas rahimahullah, beliau melarang nyanyian dan mendengarkannya. Beliau berkata: “Itulah mazhab seluruh penduduk Madinah.” (Rujuk: Kitab Tahrimun Nard, Syathranj wal Malaahi, oleh al-Ajurri, hal. 121)
7 – Imam asy-Syafi’i berkata di dalam Kitab Adabul Qadha’: “Sesungguhnya muzik adalah permainan yang dimakruhkan (makruh menurut Imam Syafi’i adalah haram), menyerupai kebatilan. Barangsiapa banyak melakukannya maka ia adalah orang yang jahil yang ditolak persaksiannya.” Beliau rahimahullah juga berkata di dalam kitabnya al-Umm: “Seorang lelaki yang bernyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, kadangkala ia diundang dan kadangkala didatangi, hingga ia dengan hal itu diberi julukan penyanyi serta ma’ruf (dikenali) dengan sebutan itu, dan seorang juga wanita, tidak diterima persaksian kedua-duanya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dimakruhkan (haram). Namun yang lebih tepat lagi, siapa saja yang melakukannya maka ia disebut sebagai orang yang bodoh/dungu yang sudah jatuh harga dirinya.”
8 - Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata: “Imam Ahmad rahimahullah telah menegaskan bahawa bolehnya mematahkan (merosakkan) alat-alat muzik seperti gendang dan sejenisnya. Apabila ia melihatnya di tempat terbuka dan memungkinkan baginya untuk mematahkannya.” (Rujuk: Risalah fi Ahkaamil Ghinaa’)
9 – Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata: “alat muzik adalah khamar (arak) bagi jiwa. Ia dapat mempengaruhi jiwa lebih daripada pengaruh gelas-gelas minuman keras. (Majmu’ Fatawa 9/417)
10 - Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah telah menukil kesepakatan keempat-empat imam atas diharamkannya nyanyian. Beliau rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya mereka bersepakat atas dilarangnya alat-alat muzik yang merupakan alat-alat yang melalaikan seperti kecapi dan yang seumpamanya dan seandainya ada orang yang merosakannya maka ia tidak perlu menggantinya bahkan dilarang menuntut mereka menggantinya.” (Minhaj as-Sunnah 3: 439)
Berikut ini beberapa riwayat dari selain imam yang empat, Abu Amr bin as-Sholah berkata:
“Adapun dibolehkannya mendengar (nyanyian) ini dan menghalalkannya maka ketahuilah apabila rebana, seruling, dan nyanyian telah berkumpul maka mendengarkannya adalah haram menurut para ulama mazhab dan ulama Islam lainnya. Dan tidak ada satupun riwayat yang sahih dari ulama yang mu’tabar (diakui) dalam hal ijma’ dan ikhtilaf bahawa ada yang memperbolehkan mendengar nyanyian ini.” (Fataawaa Ibnu Sholaah, Ighatsatul Lahafan 1: 257)
Dari ulama zaman ini yang juga mengharamkan nyanyian adalah Syaikh Abdurrahman as-Sa’di (penulis Tafsir as-Sa’di), Syaikh al-Albani (al-Muhaddith dari Yordania), Syaikh Ibnu Baz (Bekas Ketua Mufti Arab Saudi (Lajnah Daimah...)), Syaikh Ibnu ‘Utsaimin (Barisan Anggota Fatwa Arab Saudi), Syaikh Soleh al-Fauzan (Barisan Anggota Fatwa Arab Saudi), Syaikh Muqbil bin Hadi hafidhahumullah (Al-Muhaddith dari Yaman), dan lain-lain.
Satu Bantahan Terhadap Pendapat Yang Menghalalkan Muzik Dan Nyanyian
Terdapat suatu pendapat yang menyatakan sebagaimana berikut, apabila ditanyakan, “Apakah hukumnya muzik”?
“Apabila tidak terlalu keras dan tidak merangsang pemikiran (mengkhayalkan) yang ditolak oleh Islam maka tidak ada halangan untuk mendengarkannya.”
Pertamanya, batasan tidak terlalu keras dan tidak merangsang perasaan. Hal ini telah pun diulas oleh Syaikh al-Albani rahimahullah sebagai berikut:
“Batasan ini hanyalah teori yang tidak mungkin dipraktikkan kerana yang membangkitkan perasaan adalah relatif (variable) berbeza (bagi setiap individu) seiring dengan perbezaan watak dan karakter seseorang laki-laki dan perempuan, tua dan muda, panas dan dingin, dan sebagainya. Ini tidak tersamar lagi bagi orang memahami. Sungguh demi Allah, aku sangatlah hairan dengan ulama Al-Azhar yang selalu mendakwahkan batasan teoritis ini, di samping menyelisihi hadis-hadis yang sahih, mazhab imam yang empat, perkataan para ulama Salaf, mereka juga menciptakan alasan-alasan dari diri mereka sendiri yang belum pernah diucapkan oleh seorang pun dari imam yang diikuti. Maka kesan akhirnya adalah membolehkan apa yang diharamkan (seperti muzik dan lagu) ini menurut mereka juga (menurut akal dan kehendak hati - pent.).” (Syaikh al-Albani, Tahriimu Aalaat Ath-Tharb halaman 7)
Hal ini, sepertimana juga arak adanya. Yang mana, ada individu yang meminumnya dengan kadar tertentu tetap tidak memabukkan dirinya. Namun, ada pada individu yang lainnya, dengan hanya merasakan sedikit sahaja, ianya terus memabukkannya. Lantas, di sini, jelas arak tetap haram tidak kira diambil dalam jumlah yang sedikit mahupun banyak.
Wallahu a’lam,
Nawawi
http://an-nawawi.blogspot.com
Kata-kata Imam Syafie dalam kitab al-Umm (6/226):
( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) رحمه الله تعالى : فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ , وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا , وَالْمَرْأَةُ , لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا ; وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ , وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ , وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا , وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ , وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ , وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا , وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ , وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ , وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ , وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ.
( قَالَ الشَّافِعِيُّ ) رحمه الله تعالى : فِي الرَّجُلِ يَتَّخِذُ الْغُلَامَ وَالْجَارِيَةَ الْمُغَنِّيَيْنِ وَكَانَ يَجْمَعُ عَلَيْهِمَا , وَيَغْشَى لِذَلِكَ فَهَذَا سَفَهٌ تُرَدُّ بِهِ شَهَادَتُهُ , وَهُوَ فِي الْجَارِيَةِ أَكْثَرُ مِنْ قِبَلِ أَنَّ فِيهِ سَفَهًا وَدِيَاثَةً , وَإِنْ كَانَ لَا يَجْمَعُ عَلَيْهِمَا وَلَا يَغْشَى لَهُمَا كَرِهْت ذَلِكَ لَهُ , وَلَمْ يَكُنْ فِيهِ مَا تُرَدُّ بِهِ شَهَادَتُهُ.
( قَالَ ) وَهَكَذَا الرَّجُلُ يَغْشَى بُيُوتَ الْغِنَاءِ , وَيَغْشَاهُ الْمُغَنُّونَ إنْ كَانَ لِذَلِكَ مُدْمِنًا , وَكَانَ لِذَلِكَ مُسْتَعْلِنًا عَلَيْهِ مَشْهُودًا عَلَيْهِ فَهِيَ بِمَنْزِلَةِ سَفَهٍ تُرَدُّ بِهَا شَهَادَتُهُ . وَإِنْ كَانَ ذَلِكَ يَقِلُّ مِنْهُ لَمْ تُرَدَّ بِهِ شَهَادَتُهُ لِمَا وَصَفْت مِنْ أَنَّ ذَلِكَ لَيْسَ بِحَرَامٍ بَيِّنٍ .
Ringkasannya: Tidak diterima kesaksian orang yang menjadikan nyanyian sebagai pekerjaannya serta terkenal sebagai penyanyi. Kerana nyanyian adalah perkara makruh yang melalaikan yang mirip kepada kebatilan. Dan orang yang berbuat demikian dikira telah jatuh maruahnya dan siapa yang redha perbuatan itu, maka dia telah meringan-ringankan (agamanya) walaupun ia bukanlah haram dengan pengharaman yang jelas.
Jika orang itu tidak mengaku sebagai penyanyi, tetapi dia meminati nyanyian dengan melagukannya dan tiada orang datang padanya atau dia pergi untuk menyanyi, serta dia tidak redha dengan perkara itu, maka kesaksiannya tidak ditolak.
Juga ditolak kesaksian orang yang membeli hamba yang penyanyi dan menghimpun orang serta menghadiri nyanyian mereka. Jika dia tidak menghimpun orang serta tidak menghadiri nyanyian mereka, maka kesaksiannya tidak tertolak, tetapi perkara itu dibenci.
Orang yang menghadiri tempat-tempat nyanyian atau penyanyi datang kepadanya, jika dia selalu lakukan dengan terang-terangan, maka kesaksiannya ditolak. Jika dia jarang lakukan, tidak ditolak kesaksiannya kerana perkara itu bukanlah haram secara jelas.
Daripada Nafi’ bahawa Ibnu Umar r.a. telah mendengar suara seruling tukang gembala. Lalu ditutup dua telinganya dengan dua jari telunjuknya dan memalingkan kenderaannya dari jalan seraya berkata: Wahai Nafi’, adakah kau masih mendengarnya?. Aku menjawab: Ya. Maka dia terus menjauhkan diri sehingga aku mengatakan tidak mendengar lagi, baru diangkat tangannya dan mengembalikan kenderaannya ke jalan. Kemudian Ibnu Umar berkata: Saya melihat Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam berbuat demikian sewaktu mendengar seruling tukang gembala.
Hadis Riwayat Abu Daud (4914) dalam kitab al-Adab, bab larangan nyanyian dan alat muzik; Ibnu Majah (1901) dalam kitab an-Nikah, bab nyanyian dan ad-duff; Musnad Ahmad (4307) dalam kitab Musnad al-Mukthirin Min as-Sahabah, bab musnad Abdullah bin Umar bin al-Khattab.
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah s.w.t. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi.
Hadis Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.
Salaam Nawawi.
Seperti biasa anda mengelat dan salah faham.
1. Sungguh menunjukkan anda berfikir dan bertindak dengan nafsu/emosi. Yang berkata bukan saya, tetapi dalil. Seterusnya, perlu anda fahami bahawa di atas kerana mayarakat mula berubah menjadi buruk pada zaman tersebut (Ali Radhiyallahu ‘anhu) dan fitnah mula melanda dengan hebat di zaman itu, maka corak pentadbiran mula berubah sedikit demi sedikit. Perhatikanlah wahai Legasi Ummah!
Aku kata:
Pebende pulak. Baca sejarah x? Umat telah mula rosak semenjak zaman Uthman r.a la bang . 6 tahun terakhirnya adalah tahun di mana kerosakan itu bermula. Jangan kata aku menyalahkan Uthman pulak. Dgn kata lain, zaman Ali tu umat dah rosak. Jadi adakah Ali balasan kepada umat yang rosak tu? Dah tentu tak! Lagi satu, aku dah baca dan aku tak jumpa secara khususnya bahawa jika masyarakat rosak, konfem pemimpin jadi jahat. Hang bawakan dalil, kemudian tafsirkan sendiri, dan bila orang tak setuju dikatakan lawan dalil, ikut nafsu etc.
Cara hang menulis seolah2 kalau pemimpin zalim itu salah masyarakat. Dah tu apa tanggungjawab pemimpin? Tanggungjawab sapa jaga sapa sebenarnya?
Nawawi kata:
Masyarakat itu ramai. Tetapi pemimpin hanya seorang. Kamu mahu pemimpin kamu baik. Tetapi, kamu terlebih dahulu tidak pernah mahu menjadi baik. Kamu tahu pemimpin kamu salah. Lalu kamu menyalak mahukan pemimpin menjadi baik mengikut acuan Islam. Tetapi sungguh malangnya, kamu hanya tahu bercakap dan tidak pernah mahu menunjukkan akhlak sebagai seorang Islam yang memegang as-Sunnah. Tidak mahu mempraktikkan sunnah untuk menegur pemimpin kamu. Tetapi kamu hanya pandai bercakap tentang sunnah apabila kepentingan kamu dikacau! Jelas, itu adalah nafsu emosi dan bukan sebuah keikhlasan demi Islam.
Aku kata:
haha.. bahasa hinaan pulak kamu pakai... Suka2 je cakap aku tak ikhlas dalam agama. Aku tahu pemimpin aku salah, sebab tu aku tak pilih dia. Ikut sunnah la tu. Bin Bazz sendiri cakap wajib undi gerakan Islam. Hang ikut dia, pasal apa ambik ilmu dia separuh2? Sapa ikut nafsu dan sapa tak ikhlas sekarang?
Sebab pemimpin soranglah maka senang nak dibetulkan. Kalau nak masyarakat jadi baik dulu, tunggulah sampai kiamat. Kita dakwh sikit2, kena sekat oleh pemimpin. Pemimpin buat konsert, tangkap kita masuk lokap. Bila boleh masyarakat baik? Dengan kata lain, kalau nak masyarakat baik, ubah pemimpin dulu!
Akhlak hang mmg 'thumbs up' la..
Nawawi kata:
Saya mahu bertanya, apa itu definisi nasyid? Hakikatnya, nasyid dan lagu2 lainnya adalah sama saja. Tiada bezanya.
Aku kata:
Perlu ka aku jawab? Nampak sangat jahil. Tak reti nak beza nasyid camana, lagu rock camana. Payah orang ni..
2. Pasal nasyid.
Tolong baca dulu karya Qardhawi:
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/LaguHaram.html
Bagaimana dia bagitahu pasal dalil2 yang kamu bawa.
Aku tak kata pun ko salah. Fiqh ni bersifat tidak suci dr kritikan. Tapi ko ni lain. Tak reti nak hormat perbezaan pandangan. Ko boleh kata nasyid tu racun, khayal dsb. Hang mmg tak reti nak hormat pandangan orang. Tu sebab aku marah.
Macam mazhab hanafi. Boleh makan rimau dan kucing. Hukum dia cuma makruh. Dah tu, boleh ke kita yg syafei ni kata, "Woi, makan bangkai ke? Bodolah ko ni" pada kawan2 mazhab hanafi?
Belajarla adab dulu. Ilmu ada, adab tak berapa.
Macam biasa jugak, ko akan mengelat jawab soalan aku. pasal kritikan, ulil amri dan fatwa bin bazz tu. hang ni suka lari2. Belajar adab dulu bro!
Ok, salaamm..
p/s: Aku maybe tak akan masuk blog ko dalam masa terdekat. Balik kampung. Selamat ari raya nawawi..
Link balik.
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/LaguHaram.html
Bagus Legasi.
Nampaknya Nawawi mula menggunakan perkataan biadap seperti 'salakan' . Dia mula ikut perangai tanpa nama yang menyokong dia tu. Haihhh.. Daei apa macam ni?
Firman allah:
"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah, "Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan," dan Allah sebaik-baik pemberi rizki." (Al Jum'ah: 11)
Disertakannya permainan dengan perniagaan berarti yakin akan halalnya, dan Allah tidak mencela keduanya, kecuali ketika suatu saat sahabat disibukkan dengan permainan dan perniagaan dengan datangnya kafilah kemudian mereka memukul rebana karena gembira. Dengan kesibukan itu sampai mereka lupa dengan Nabi SAW yang sedang berdiri (berkhutbah) di hadapan mereka.
Ulama-ulama Syāfiyah seperti yang diterangkan oleh Al-Ghazali di dalam kitab IHYA ULUMIDDIN. Beliau berkata: "Nas2 syara' telah menunjukkan bahwa menyanyi, menari, memukul rebana sambil bermain dengan perisai dan senjata-senjata perang pada hari raya adalah mubah (boleh) sebab hari seperti itu adalah hari untuk bergembira. Oleh karena itu hari bergembira dikiaskan untuk hari-hari lain, seperti khitanan dan semua hari kegembiraan yang memang dibolehkan syara'.
Imam Al Ghazali telah menjawab orang yang mengatakan bahwa sesungguhnya lagu atau nyanyian itu termasuk permainan yang sia-sia dengan kata-katanya sebagai berikut, "Memang demikian, tetapi dunia seluruhnya adalah permainan. Seluruh permainan dengan wanita adalah laghwun, kecuali bercocok tanam yang itu menjadi penyebab memperoleh anak. Demikian juga bergurau yang tidak kotor itu hukumnya halal, demikian itu didapatkan dari Rasulullah SAW dan para sahabatnya."
Dr. Yusuf Qaradhawi mengungkapkan pendapatnya dalam buku Halal dan Haram dalam Islam dengan kalimat berikut :
“Tetapi Islam mengakui fitrah dan naluri yang diciptakan Allah pada diri mereka, yaitu Allah menciptakan mereka sebagai makhluk yang suka bergembira, bersenang-senang, tertawa-tawa, dan bermain-main, sebagaimana Dia menciptakan mereka suka makan dan minum”. (Dr. Yusuf Qaradhawi dalam Halal dan Haram hal : 333. Robbani Press).
Ibnu Hazm berkata, "Inilah Ibnu Umar telah mendengar nyanyian (lagu-lagu) dan ikut berusaha untuk menjualkan budak yang menyanyi. Ini sanadnya shahih, bukan seperti hadist-hadist yang palsu."
(Al Muhalla 9/63)
Begitu juga dalam petikan kitab imam Syafei itu, apakah sudah diperiksa penyanyi yang bagaimana? Nyanyian yang bagaimana? Adakah bernasyid memuji Tuhan akan masuk neraka?
Sampai sekarang kamu tak jawab!
Maka masuk nerakalah Sami Yusuf, Yusuf Islam yang menyanyi dan TOk Guru Nik aziz, Dr Asri dan Harussani yang membenarkan nasyid itu. Kasihan..
Ini furuiyyah Nawawi ooi.. Bukan haram yang qatie atau jelas. Aku hormat pandangan Al-Bani yang mengharamkan pasal itu ijtihad mereka. Tapi, bagi aku tafsiran dan pegangan ulamak silam lebih kuat.
Hang pun aku nampak, ambik pandangan Al-Bani saja..
Imam Syafi'i menukil dalam kitabnya "Al Um" dari imam Abu Yusuf, muridnya Abu Hahifah, beliau berkata, "Aku melihat guru-guru kita dari ahlul ilmi itu tidak suka berfatwa, dengan mengatakan, "Ini halal" dan "Ini haram" kecuali apa-apa yang ada di dalam kita Allah SWT, dengan nyata, tanpa penafsiran."
Belajar hormat fiqh orang lain kalau mahu fiqh anda dihormati!
Ya, tQ pinggiran Putrajaya (macam Pinggiran Pelangi kat Muadzam pulak) .
Aku nak sambung sedikit, dalam dalil2 yang kamu bawakan, maaf aku tak nampak pun satu dalil khas yang jelas memberitahu bahawa pemimpin yang baik hanya akan muncul jika masyarakat itu baik.
tetapi aku tak nafikan bahawa kewujudan pemimpin zalim itu adalah balasan Tuhan pada masyarakat yang kufur pada Dia. Sejarah banyak menceritakan hal ini.
Orang Islam Bosnia sesat majoritinya dan lupakan Allah. Allah azab atau duga mereka melalui kezaliman tentera Serbia yang zalim.
Selain Ali, aku juga nak bawakan kisah Sultan terakhir Uthmaniyyah. Dia seorang yang baik dan tidak korup. saat dia jatuh dr takhta, harta yang dia ada amat sedikit antaranya kalau aku xsilap sejadah lusuh ibunya yang dia pakai dan sangkut dekat kerusi. Dia baik. tetapi masyarakat Islam terutamanya di Arab yang rasis menentang khalifahnya. Akhirnya Uthmaniyyah runtuh.
Dia baik. Tetapi masyarakatnya tidak baik.
Aku harap Nawawi boleh terima pandangan aku. Dia kutuk2 aku bodoh dan menyalak aku maafkan. Dah nak raya pun.
Kalau nawawi marah aku mintak maaf. Tapi itu stand aku. pendirian aku. Aku takkan duduk diam kalau fiqh aku dihina serta kalau ada orang kata dia ja betul dan orang lain salah/dosa.
Itu saja..
Balik Kampung!!
-Legasi Ummah-
as-Salaamu 'alaikum, usah kalian bicara tentang adab jika datrangnya kalian juga tidak dengan adab. membincangkan agama sambil bergelak ketawa? apakah itu ertinya adab dari persepsi kalian?
Wallahu a'lam. Makanya, jika kamu mahu dilayan dengan adab, maka, datanglah dengan beradab.
Berkenaan hadis Ibnu Umar tu dan berkenaan nyanyian org habsyah tu. Telah jelas lagi terang, bahawa kamu sendiri membawakan naqolannya dari al-Muhalla dengan menyatakan bahawa yang menyanyi adalah kanank-kanan/budak-budak. Nah! Benar sekali seperti yang saya utarakan sebelum ini. Nyanyian hanya dibenarkan jika dipersembahkan oleh kanak-kanak dan selagi mana di dalamnya tiada mengandungi hal-hal yang menjurus kpd haram.
Berkenaan hadis al-Bukhari yang dinyatakan sebagai mudtharib dan mu'allaq tu, telah sedia maklum dijawab oleh Ibnul Qayyim, malah Ibnu Hajar sendiri menjawabnya di dalam Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari.
Manakala pada zaman ini, sekali lagi ia diperjelaskan antara yang paling terkenal oleh Syaikh al-Albani.
Berikut antara jawabannya yang dapat saya naqol-kan di sini,
Muzik – Bantahan 1: Benarkah Hadis Bukhari Cacat & Terputus Sanadnya?
Dalam Shahih al-Bukhari disebutkan hadis Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari, dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"...ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الحريروالخمروالمعازف"
“Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr dan alat muzik....” (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari secara mu’allaq, no. 5590, beliau berkata: “Hishyam bin Ammar berkata: “Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Khalid, ia berkata: “Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Yazid bin Jabir, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Athiyyah bin Qais al-Kilaabi, ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ghanam al-Asy’ari ia berkata: Telah menceritakan kepada kami Abu amir atau Abu Malik al-Asy’ari, Demi Allah ia tidak pernah membohongiku, bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “...lalu ia menyebutkan hadis tersebut.) – Disahihkan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah di dalam Silsilah Hadis as-Shahihah.
Maksud al-Ma’azif (المعازف):
1 - Al-Ma’azif adalah bentuk jama’ dari kata mi’zafah iaitu alat muzik. (Fathul Bari, 9/55)
2 – Alat yang digunakan untuk bermain muzik. (al-Majmu’, 10/577)
3 – Syaikhul Islam Inu Taimiyah menjelaskan bahawa hadis menunjukkan haramnya (bermain) alat muzik.
4 – Ibnu Qayyim al-Jauziyah rahimahullah berkata: “Bentuk pengambilan daril darinya, bahawa ma’azif merupakan alat-alat muzik dengan segala macam bentuknya. Ini adalah perkara yang tidak diperselisihkan lagi oleh ahli bahasa. Kalaulah hal itu halal tentunya mereka tidak akan dicela kerana menghalalkannya. Dan sudah tentu penghalalannya tidak akan digandingkan dengan ancaman penghalalan khamar dan penzinaan. (Risalah fi Ahkaamil Ghinaa’, dan dalam Ighatsatul Lahfaan, hal. 392)
Berkenaan Hadis:
Dalam hadis tersebut alat-alat muzik dikaitkan dengan khamr dari sisi keharamannya. Kerana khamr mengotori jasad dan akal fikiran dan nyanyian pula mengotori ruh (jiwa) sehingga mabuklah seseorang kerananya. Apabila telah tergabung dalam diri seseorang kotoran jasad, akal fikiran, dan jiwa maka tercipta sebuah kejahatan yang besar yang menakutkan.
Menjelaskan hadis tersebut, Ibnul Qayyim berkata:
“Dari sisi pendalilan dari hadis ini bahawa alat muzik ini adalah alat-alat yang melalaikan semuanya, tidak ada perselisihan di antara ahli bahasa tentang hal itu. Andaikata nyanyian itu halal maka Rasulullah s.a.w. tidak akan mencela orang yang menghalalkannya dan tidak pula menyamakannya dengan orang yang menghalalkan khamr.
“Al-Harru” di dalam hadis tersebut mempunyai makna penghalalan kemaluan (zina) yang sebenarnya diharamkan. Sedangkan “al-khazzu” adalah sejenis sutera yang tidak dipakai oleh para shahabat (kerana al-khazzu ada dua macam, yang terbuat dari sutera dan dari bulu domba). hadis ini telah diriwayatkan dengan dua bentuk.” (Ighaatsatul Lahafan I: 291)
Bantahan Terhadap Pendapat Ibnu Hazm Rahimahullah dan Mereka Yang Mengikutnya
Jumhur ulama telah membantah pendapat Ibnu Hazm rahimahullah yang mengatakan bahwa hadis al-Bukhari cacat kerana adanya keterputusan sanad. Kerana al-Bukhari tidak menyebutkan sanadnya yang tersambung. Berikut ini penjelasan beliau (Ibnu Hazm) rahimahullah:
Sanggahan Terhadap Ibnu Hazm Yang Menyatakan bahawa hadis ini tidak sahih Dengan Sebab Terputus Sanadnya
Ibnu Hazm menyatakan bahawa hadis ini terputus sanadnya dan tidak bersambung di antara al-Bukhari dengan Shadaqah bin Khalid. Ia berkata dalam Majmu’ Rasaailnya: “Adapun hadis al-Bukhari, beliau tidak menyebutkan sanadnya secara utuh, ia hanya mengatakan: “Hisyam bin Ammar berkata...” (Majmu’ Rasaail 1/434)
Dalam kitab al-Muhalla ia berkata: “Sanad ini terputus, tidak bersambung antara al-Bukhari dan Shadaqah bin Khalid.” (al-Muhalla 8/59)
Kesalahan Ibnu Hazm dan bantahannya dari beberapa sudut:
1 - Pertama: al-Bukhari telah bertemu dengan Hisyam bin Ammar dan telah mendengar darinya. Jika al-Bukhari berkata: “Hisyam bin Ammar berkata, maka sama kedudukannya dengan perkataannya: Dari Hisyam bin Ammar.
2 - Kedua: Kalaupun al-Bukhari belum mendengar dari Hisyam, tentu tidak boleh bagi al-Bukhari mencantumkannya dengan shighah jazm, sementara al-Bukhari bukanlah seorang yang mudallis.
3 - Ketiga: al-Bukhari memasukkan riwayat ini dalam kitabnya yang bernama Kitab as-Sahih dan beliau berhujjah dengannya.
4 - Keempat: Beliau meriwayatkannya secara mu’allaq dengan shighah jazrn bukan shighah tamridh.
5 – Kelima: Kalaulah perkara di atas kita singkirkan dulu, maka hadits ini tetap sahih kerana menurut ulama yang lain sanadnya bersambung.
6 - Perincian para ulama berkaitan dengan sisi-sisi yang disebutkan di atas dapat dilihat sebagai berikut:
Al-Hafizh al-Iraqi dalam takhrij hadis ini menyatakan: “Kerana biasanya hadis-hadis mu’allaq terputus sanadnya dari pangkal sanad sampai kepada yang meriwayatkannya. Hadis mu’allaq memiliki beberapa bentuk yang sudah dikenali. Dan hadis ini tidak termasuk darinya. Kerana Hisyam bin Ammar adalah guru kepada al-Bukhari. Al-Bukhari mengambilnya sebagai hujjah dalam kitab Sahih-nya...” (al-Mughni ‘an-Hamlil Asfaar 2/271)
Al-Hafizh Abu Amru Ibnu Solah berkata dalam Kitab Ulumul Hadits: “Tidak perlu diperhatikan lagi alasan yang diutarakan oleh Ibnu Hazm Az-Zhahiri dalam menolak riwayat al-Bukhari dari hadits Abu Amir atau Abu Malik Al-Asy’ari... kerana al-Bukhari telah meriwayatkannya dan menyatakan dalam riwayatnya:
“Hisyam bin Ammar berkata...” kemudian beliau menyebutkan sanadnya. Ibnu Hazm mendakwa sanad ini terputus antara al-Bukhari dan Hisyam, lantas dijadikannya sebagai bantahan terhadap hujjah pengharaman alat musik. Namun ia keliru dalam masalah ini dari beberapa sudut. Hadits ini adalah hadis sahih dan ma’ruf, bersambung sanadnya berteptan dengan syarat hadits sahih.”
az-Zarkasyi berkata dalam Kitab at-Taudhih, ia menukilnya dari al-Hafzih: “Majoriti periwayat (Kitab Sahih al-Bukhari) menyebutkan hadis ini dalam al-Bukhari secara mu’allaq. Sementara Abu Dzar (salah seorang periwayat Kitab Sahih al-Bukhari) meriwayatkannya dari guru-gurunya, ia berkata: “al-Bukhari berkata: “al-Hasan bin Idris telah menyampaikan kepada kami, ia berkata: Hisyam bin Ammar...” (Halaman 61-62) al-Hafizh berkata: “Berdasarkan hal tersebut hadits ini sahih, menurut syarat Al-Bukhari.”
Al-Hafizh Ibnu Hajar membantahnya dalam Fathul Bari (1/52), ia berkata: “Apa yang dikatakannya di sini keliru, disebabkan kurang ketelitian. Kerana yang mengatakan:
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam Kitab al-Istiqamah (1/294), menyatakan: ‘‘Alat-alat muzik telah sahih diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih-nya secara mu’allaq dengan shighah jazm, sesuai dengan syarat beliau.”
Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah membantah ucapan Ibnu Hazm ini pada beberapa tempat dalam bukunya. Beliau berkata dalam kitab Tahdzib Sunan Abu Dawud (5/270): “Ibnu Hazm dan lainnya yang telah menyatakan hadits ini memiliki kecacatan. Mereka mengatakan: “Hadis ini tidak sahih, kerana sanadnya terputus, al-Bukhari tidak menyebutkan siapa yang meriwayatkannya kepadanya, ia hanya mengatakan:
“Hisyam bin Ammar mengatakan...”
Dalam Kitab Ighatsatul Lahfan beliau rahimahullah berkata:
“Hadits ini sahih, diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih-nya dan beliau menggunakannya sebagai hujjah. Beliau mencantumkannya dalam bentuk riwayat mu’allaq dengan sighah jazm. Kemudian anggaplah kita terima perkataan Ibnu Hazm bahawa sanadnya terputus, maka telah diriwayatkan secara maushul (tersambung sanadnya) melalui beberapa jalur dari perawi yang tsiqah dan para huffazh, mereka telah mendengarnya dari Hisyam bin Ammar.”
Penjelasan tersambungnya sanad hadis tersebut dari jalur-jalur lain:
Ath-Thabrani berkata dalam Musnad Asy-Syaarniyyin (1/334/88): “Muhammad bin Yazid bin (dalam naskah asli tertulis ‘an bukan bin) Abdush Shamad Ad-Dimasyqi telah menceritakan kepada kami, ia berkata: “Hisyam bin Ammar telah menceritakan kepada kami.”
Ihnu Hibban berkata dalam kitab Shahih-nya (8/26/6719 (al-Ihsan)):
“al-Husein bin Abdillah Al-Qaththan telah menceritakan kepada kami, ia berkata: “Hisyam bin Ammar telah menceritakan kepada karni... kemudian ia menyebutkan riwayatnya secara lengkap sampai pada perkataan: al- Ma’aazif.”
Abu Nu’aim telah meriwayatkannya secara maushul dalam Kitab al-Mustakhraj ‘ala kitab Sahih dan al-Bukhari (9/221) dan Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh-nya (19/79) melalui beberapa jalur dari Hisyam bin Ammar. Dan diriwayatkan juga oleh al-Hasan bin Sufyan dalam Musnad-nya. (Hadyus Saari halaman 9) Dan juga Abu Bakar al-Ismaili dalam al-Mustakhraj, Abu Dzar al-Harawi, perawi kitab Sahih, serta banyak lagi yang lainnya.
Hadis tersebut tidak terputus sanadnya antara al-Bukhari dan gurunya, Hisyam, seperti yang diutarakan oleh lbnu Hazm rahimahullah. Kerana Hisyam bin Ammar adalah merupakan guru al-Bukhari, ia telah bertemu dengannya dan mendengar hadis darinya. Dan al-Bukhari telah menyebutkan dua hadis melalui riwayat Hisyam selain hadis ini. Kemudian, perkataan perawi: “Fulan berkata...” sama dengan ucapan: “Dari Fulan”, sebab pengucapnya (yakni al-Bukhari) tidak dikenali dengan sifat tadlis. Maka riwayatnya dianggap bersambung menurut pendapat yang sahih dan dipilih oleh jumhur ahli ilmu, ditambah lagi adanya pertemuan antara al-Bukhari dan Hisyam, dengan demikian hadis ini sudah memenuhi syarat al-Bukhari, iaitu adanya pertemuan, maka hadis ini sahih menurut syarat Al-Bukhari.
Para ahli ilmu telah menyatakan kesahihan hadis ini, di antaranya Ibnu Hibban, al-Ismaili, Ibnu Sholah, Ibnu Hajar al-Asqalaani, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, lbnu Qayyim al-Jauziyah, Ath-Thahawi, Ash-Shan’aani, an-Nawawi rahimahullah dan ramai lagi yang lainnya.
Al-Allamah Ibnu Baz Rahimahurnullah berkata: “Ulama Islam telah mengambil hadis ini (sebagai hujjah), mereka telah sepakat menerimanya dan berhujjah dengannya atas pengharaman seluruh jenis alat musik. Akan tetapi Ibnu Hazm dan Abu Turab serta orang-orang sesudahnya mendhaifkan hadis ini, ia (mereka selepas Ibnu Hazm) taklid buta kepada Ibnu Hazm dalam pendhaifannya, dengan alasan hadis ini terputus sanadnya antara al-Bukhari dan gurunya, Hisyam bin Ammar, kerana beliau tidak menyatakan penyemakan langsung darinya, namun menyebutnya secara mu’allaq. Ibnu Hazm telah keliru/tersilap dalam hal ini. Sejumlah ahli ilmu telah mengingkari ucapannya dan kekeliruannya tersebut. Kerana Hisyam termasuk guru al-Bukhari, beliau juga menyebutkannya secara rnu’allaq dengan shighah jazm. Dengan demikian, hadis ini adalah sahih menurut beliau. Dan ahli ilmu juga menerimanya, mereka mensahihkan riwayat mu’allaq al-Bukhari yang disebutkan dengan shighah jazm.”
Bantahan Terhadap Dr. Yusuf al-Qaradhawi 1
Dalam hal ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menggunakan hujjah pendhaifan hadis ini oleh Ibnu Hazm rahimahullah. Padahal para ulama telah menjelaskan kesalahan Ibnu Hazm dalam persoalan tersebut. Ibnu Sholah berkata:
“Tidak perlu diperhatikan penolakan Abu Muhammad bin Hazm (Ibn Hazm) terhadap hadis yang dikeluarkan oleh Bukhari dari Abu ‘Amir atau Abu Malik al-Asy’ari dari Rasulullah s.a.w.:
‘Akan ada dari umatku kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr dan alat muzik.’
Dari sudut bahawa ketika Bukhari menyebutkan hadis ini dia berkata, - berkata Hisyam bin Ammar dan menyebutkannya dengan sanadnya. Maka Ibnu Hazm menyangka bahawa hadis ini munqathi’ (terputus) antara Bukhari dan Hisyam dan menjadikannya sebagai bantahan terhadap hadis ini sebagai dalil atas diharamkannya alat-alat muzik. Ia telah salah dalam pelbagai sisi sedangkan hadis ini adalah sahih kerana telah diketahui ittishal-nya (tersambungnya) berdasarkan syarat hadis sahih.” (al-Fath I:52)
Ibnul Qayyim berkata:
“Siapa yang melemahkan hadis ini, tidak boleh berbuat apapun (seperti Ibnu Hazm) dalam mendukung pendapat harusnya muzik dalam membolehkan hal-hal yang melalaikan dan tuduhan bahawa hadis tersebut munqathi’ (terputus sanadnya) kerana al-Bukhari tidak menyambung sanadnya. Jawabannya adalah, ini hanyalah wahm (sangkaan yang lemah) dan dapat dilihat dari pelbagai sudut.”
Kemudian ia menyebutkan bantahannya. (Ighaatsatul Lahafan I:290)
Setelah menyebutkan pendapat Ibnu Hazm tentang hadis ini, Syaikh al-Albani rahimahullah mengatakan:
“Dan tidak tersamar lagi bagi para thalabul ilmi lebih-lebih para ulama tentang pemaksaan yang berlebih-lebihan kerana terputusnya sanad jikalau benar tidak harus menghukumi bahawa matan hadis tersebut palsu. Apalagi sanad hadis tersebut tersambung dari jalan lain dari Bukhari sendiri dan jalan yang ketiga ada pada kami sebagaimana telah disebutka.
Walaupun demikian, al-Qaradhawi dan al-Ghazali serta para pengikutnya tetap berterusan menutup mata mereka dan bertaklid kepada Ibnu Hazm. Apakah hal tersebut timbul dari kejahilan mereka ataukah kerana hawa nafsu saja. Wal ‘iyaazubillah.” (al-Albani, Tahriimu Aalati Ath-Tharb halaman 82-83)
Untuk lebih lanjut, sila lihat di sini,
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/search/label/Muzik
Sebenarnya hal ini telah lama saya letakkan di dalam salah satu blog saya. Mungkin kamu terlepas pandang.
Wallahu a'lam.
- Nawawi.
Berkenaan Umar, Usman, Ali, Mu'awiyah, Yazid, Hasan & Husein radhiyallahu 'anhum, kenapa mereka terbunuh atau jatuh dari takhta kepimpinannya?
Tidak lain antaranya adalah kerana rakyatnya yang mula termakan api fitnah dan mula lalai menjadi tidak baik. Ini adalah seperti mana naqolan yg saya bawakan dari Tafsir Ibnu Katsir yg lalu.
Makanya, pemimpin yang baik belum tentu menjamin kesejahteraan, keamanan, dan mampu membentuk masyarakat beriman, selagi mana masyarakatnya itu sendiri lalai dan rosak serta meninggalkan sunnah-sunnah nabinya serta ketaatan kepada Allah. Biarpun sebaik mana pemimpinnya itu datang membimbing, maka itu bukanlah jaminan yang mutlak.
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Surah ar-Ra'd, 13: 11)
Berkenaan minyak, sebenarnya ia adalah suatu khazanah yang diberi/dianugerahkan oleh Allah. Maka ia adalah haq Allah. Bukanlah haq kita secara mutlak. Bukan juga haq pemimpin secara mutlak. Tetapi, kita datang hanya sebagai pengguna dan pengurus.
Maka, mintalah ia dari Allah akan nikmat2 tersebut. Jika nikmat tersebut ditarik atau dikurangi, maka, semaklah diri-diri kita masing2.
Wallahu a'lam...
buang masa jek korang layan si nawi ni,xde faedah lgsg,blk2 rujuk albani wahabi dia tu.mcm dia sorg jek rujukan yg betul.klw betul kata salafi gunala n rujuk kitab turas nawi.bab muzik ni hukum dia zanni kan,so xyahla nk pertikai.nk dgr leh xnk dah.bnd furu' jekan....psl adab ko sendri dr awal ade mslh nawi,bkn sorg dua jek tegur ko dlm ni,dah ramai dah tp ko cmn.....fikir2lah yer.wallahua'lam...
Tengah terfikir adab org yang suka melabel2 org lain sebagai wahhabi...
Ya Tuhan!
Tengok siapa yang BIADAP!
Berani kamu kata al-Qaradhawi dan al-Ghazali jahil atau menurut hawa nafsu.
Walaupun aku jahil, dan aku tidak setuju dengan Bin Bazz, tidak terlintas untuk aku kata mereka jahil. Maaf yang lain, tapi mmg celaka siapa yang mebghina ulama muktabar hanya kerana tidak setuju dengan fiqh mereka!
Mmg benar aku kata, kamu cuma ikut pendapatr Al-Bani saja.
Nak tanya, adakah dalam hidup sekarang, kamu tak pernah dengar radio, tak pernah buka TV dan dengar muzik?
Aku sudah bagi dalil halal muzik. Dan apa jenis muzik yang haram. Kamu mahu terus kata haramn silakan. Tapi tolong jangan hina foqh oramng lain!
Semoga Allah ampunkan dosamu menghina ulama!
Kenapa malu nak ngaku Wahabi? Jahat ka Wahabi? Aku tak kata pun Wahabi jahat. Tapi orang yang anut fahaman Wahabi ada jahat. Tok sah kata Wahabi, orang Sunnah, Syiah, Muktazilah pun ada yang baik ada yang jahat.
Awat malu mengaku Wahhabi?
Haha.. Mmg la kami gelak. Kami duk gelak dengan ketidak cerdikan hang berhujah. Main hina orang saja.
Aku dah tak nak sebut pasal nasyid. Cukup apa PP cakap. Lagipula, si Nawawi tak layan pun hujah aku. Yang di buatnya, copy paste memanjang..
Aku sangat malas, sebab dia suka mengelak soalan2 aku. Lain aku tanya, lain dia pegi jawab.
Nawawi kata:
Berkenaan Umar, Usman, Ali, Mu'awiyah, Yazid, Hasan & Husein radhiyallahu 'anhum, kenapa mereka terbunuh atau jatuh dari takhta kepimpinannya? Tidak lain antaranya adalah kerana rakyatnya yang mula termakan api fitnah dan mula lalai menjadi tidak baik. Ini adalah seperti mana naqolan yg saya bawakan dari Tafsir Ibnu Katsir yg lalu.
Makanya, pemimpin yang baik belum tentu menjamin kesejahteraan, keamanan, dan mampu membentuk masyarakat beriman, selagi mana masyarakatnya itu sendiri lalai dan rosak serta meninggalkan sunnah-sunnah nabinya serta ketaatan kepada Allah. Biarpun sebaik mana pemimpinnya itu datang membimbing, maka itu bukanlah jaminan yang mutlak.
Aku kata:
Engkau sebenarnya tahu tak cara berbincang? Jawapan kat atas tu tak ada kena mengena. Aku tak kata pun pemimpin baik jamin kesejahteraan. Aku dah bawakan kisah Ali r.a dan Uthman r.a. Itu menafikan hujah hang bahawa, pemimpin jahat sebab rakyat jahat. Nah, Ali jahat?
Tak payah bagitahu rakyat jadi jahat sebab hasutan pun tak apa. Aku mengaji Sirah. Aku tahu. Hang tu, mengaji elok2 sirah, barulah tuduh pemimpin jahat sebab rakyat jahat.
Pening aku. Dah terang2 salah, lagi mau belit! Cheit!
Sengal la weh. Apa kurang ajar sangat ni hina ulamak?
Jangan sebab berbeza fiqah, berani hina ulamak lain!
Wahai Nawawi, Belajar beradab, JANGAN BIADAP!!
Sengal la weh. Apa kurang ajar sangat ni hina ulamak?
Jangan sebab berbeza fiqah, berani hina ulamak lain!
Wahai Nawawi, Belajar beradab, JANGAN BIADAP!!
Wallahu a'lam,
Saya hanya copy apa yg ulama telah siap ulaskan.
Apabila tlh ada kalam ulama, buat apa kita nak berkata lagi? So, biarlah saya amik dari mereka je.
Ooo.. tahu pulak "dah ada kalam ulama, buat apa nak soal lagi?"
Dah tu, siapa yang mula2 soalkan ulamak ni? Tak ada antara kami yang hina pandangan rasul dahri, Bin Bazz atau Al-Bani. Yang aku duk marah, pasal apa kamu hina ulamak yang tidak sealiran pandangan fiqhnya?
Sedapnya lepas tangan. Masa copy tak fikir pulak betul tidak. Kalau kamu copy penghinaan itu buat Qardhawi dan Imam Ghazali, tu maknanya kamu setuju. Jadi jangan copy.
Better kamu buat satu post khas, kata pandangan hinaan itu dr Al-Bani dan kamu tak terlibat. Minta maaf. Jangan main2 hina ulamak ni.
Nak tahu, kamu ni lulusan Universiti apa? Universiti Madinah? Al-Azhar? atau Universiti tempatan? Bidang apa?
Bukan apa, kadang2 aku baca, kamu seolah-olah 'blur' bahasa Arab sedangkan kalau nak mengaji agama tahap tinggi macam ni, bahasa Arab mesti sangat kukuh.
Jadi aku harap kalau kamu masih tak mahu jawab soalan lain, kamu boleh jawab soalan ni. Mudah saja.
Maka, ulamalah yg berkata. Bukankah saya menaqalkan daripada al-Albani. Buykan saja al-Albani. Kalam ulama2 lain pun ada seperti dari Syaikh al-Udaini yang menemplak keras pendapat al-Qaradhawi yg bukan sahaja dalam persoalan muzik. Malah dalam persoalan al-Qaradhawi membenarkan memakan sembelihan bukan sahaja dari ahli kitab, tetapi beliau telah meluaskannya kepada sembelihan dari pengamal agama selain yahudi dan nasara.
Klu kamu mahukan bantahan yang secara lembut, boleh juga merujuk kpd bantahan yang dilakukan oleh Syaikh Dr. Soleh Fauzan al-Fauzan terhadap kitab Halal wal Haram.
Maka, dalam persoalan ulama mengkritik pendapat ulama lain, itu adalah perkara biasa. Sebagaimana Imam asy-Syafi'i juga mengkritik salah satu pendapat imam malik dalam persoalan Istihsan dengan nada yg keras.
Selain itu, persoalan tahzir juga perlu kita fahami terhadap ulama yang melazimi pendapat-pendapat yang pelik-pelik yang menyelisihi manhaj. Tahzir ini dilakukan oleh ulama.
Kita sebagai pengkaji dan penuntut ilmu, perlulah berpegang dengan pendapat yg terbaik atas dasar dalil dan kefahaman yg tepat. Dan bukannya asal ada pendapat ulama sahaja, maka kita boleh ikut tanpa melihat kepada manhaj dan kefahaman yg sewajarnya.
Kalau nak ikut "asal ada pendapat dari ulama", maka, imam malik juga pernah mengeluarkan pendapat bahawa anjing itu halal dimakan. Salah seorang gurunya asy-Syafi'i juga pernah mengutarakan pendapat bahawa arak itu boleh diminum asalkan tidak sampai ke level yg memabukkan.
Apa yang terbaik itu adalah daripada petunjuk nabi yang sahih yang difahami melalui kefahaman para salaf generasi terbaik. Ulama itu penyampai dan penjelas. Ia juga manusia yg bukanlah maksum.
Kami bukan nak baca bantahan secara lembut atau kasar. Dari awal sudah aku sebutkan bahawa aku hormat mana2 pandangan berdasarkan kepada fiqh. Soal boleh makan atau tidak anjing tu fiqah. Mazhab Syafei mmg tak boleh. Mazhab dia boleh. Macam harimau dan kucing. Bagi mereka halal. Kita haram.
Tu sebab Fiqh ni sifat dia tidak suci dari kritikan. Tapi belajar betul2, KRITIKAN BUKAN PENGHINAAN!
Yang kamu pulak, duk hina ulamak tidak sealiran. Tak nampak lagi ka sebab apa aku marah? Ha? Jangan duk putar2 la Nawawi oi. Mengaku saja. Minta maaf
Pelik aku dengan kamu. Mula-mula kamu kata:
Apabila tlh ada kalam ulama, buat apa kita nak berkata lagi? So, biarlah saya amik dari mereka je.
Kemudian:
Kita sebagai pengkaji dan penuntut ilmu, perlulah berpegang dengan pendapat yg terbaik atas dasar dalil dan kefahaman yg tepat. Dan bukannya asal ada pendapat ulama sahaja, maka kita boleh ikut tanpa melihat kepada manhaj dan kefahaman yg sewajarnya.
Sekejap terima saja. Sekejap lain pulak. Agaknya yang hanya boleh diterima Al Bani saja kot.
Kamu study mana? IIC? Kolej Islam Antarabangsa? Kursus apa? Jawab apa legasi tanya. Jangan malu2 kucing sangat aih..
Assalamu'alaikum... Pandai betul 'legasi ummah' dan 'pinggiran putrajaya' memutar belit kata2.. Sudah dibawa hujah yang jelas daripada al-Quran dn as-Sunnah, dan qaul ulama' yg muktabar, masih tidak menerimanya lagi. Kata orang lain jumud tapi mereka sendiri yang pengekor fanatik kepada al-Qaradawhi dan al-Ghazali. Masih mencari seribu alasan untuk memenangkan diri yang salah tu. Yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata. Mengata orang x beradab ketika berhujah tapi mereka sendiri tidak sedar yang mereka lagi sudah biadap dengan Rasulullah SAW dengan mendahulukan kata-kata manusia manusia daripada hadis yang shahih daripada Rasulullah SAW. Kalau orang yang betul2 mencintai Rasulullah SAW, apabila mereka dengar akan hadis yang shahih, mereka akan berkata "kami dengar dan kami taat" tanpa berkata "si fulan itu berkata... berkata si fulan ini". Renung2kan diri sendiri itu. Jangan kerana nak ikutkan nafsu, kebenaran sanggup diketepikan. Barokallahufi.. Wallahu a'lam...
Wahai Tanpa nama. Sejak bila kami menghina Rasul? Ya Tuhan. Nauzubillah. Mengapa terlalu lancang mulut di sini?
Kami juga membawakan hadis dan pendapat ulamak muktabar. Malah lebih muktabar dari Al-Bani yang aku baru tahu bila aku baca blog ni. Bila masa aku hina rasul? Malah, aku tidak pula menolak atau menghina pandangannya atau ulama2 nya. Siapa pula yang mula2 hina ulama kalau bukan Nawawi sendiri?
Siapa kamu tanpa nama? Dedahkan identiti kamu. Entah2 kamu ni 'An-Nawawi in disguise'!
Memangla ikut Qardhawi dan Al-Ghazali. Dah tu Imam besar. Takkan nak tolak Ulamak muktabar tu untuk jadi fanatik Rasul Dahri!
ralat:
" Bila masa aku hina rasul? Malah, aku tidak pula menolak atau menghina pandangannya atau ulama2 nya."
'Nya' di situ bermakna An-Nawawi. Takut kamu salah paham 'Nya' tu rasul.
aku tlg jwb ye nawi,nawi stdy uitm.kos sains bio ape ntah.sbb tu dia cmni byk sgt gn akal.klw betul ngaji agama xderla teruk sgt cm ni kn...nilah tanda2 akhir zaman bila org yg bkn ahli berckp diluar bidangnya...
as-Salaamu 'alaikum,
Bukanhkah saya membawakan kalam para salaf dari para sahabat radhiyallahu 'anhum, tabi'in, dan seterusnya sehingga imam yg empat, dan kemudian ulama masa ini.
apakah kurang muktabar lagi?
Bersabarlah Nawawi, usah di layan perangai mereka... Kita serahkan kepada Allah. Biarlah Allah yang membuat keputusan dan menentukan segalanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengatahui siapa yang di pihak benar dan siapa yang di pihak salah. Kita tunggulah pengadilan Allah di hari akhirat kelak. Kita doakan agar Allah membuka pintu hidayah kepada mereka untuk kembali kepada jalan sunnah. Kalau di layan juga perangai mereka, akan mendatangkan fitnah kepada kita balik. Anda sudah sampaikan hujah kebenaran kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk terima atau tak. Kita tak rugi apa2 pun kalau mereka menolak. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi petunjuk hidayah kepada mereka. Biarlah mereka terpekik-pekik dan terlolong-lolong, kat blog ini. Sudah menjadi tugas mereka. Orang lain dapat menilai bagaimana perangai mereka sebenarnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terselindung di sebalik hati mereka.. Bersabarlah wahai Nawawi...
Dan bukankah aku juga wahai Nawawi telah membawakan kepada kamu dalil Quran, Hadis dan pandangan ulama muktabar lainnya?
Soalnya, aku tidak tolak pandangan fiqh kamu atau hina. Cuma, aku marah pasal apa bila ulama lain bercakap benda yang fiqhnya bertentangan kamu marah, kamu hina.
Mana hilang adab berbeza pendapat?
Sekarang faham? Ini bukan masalah sapa tolak pandangan sapa, ini masalah mana hormat kamu pada perbezaan fiqh. Ngerti?
Tak tahulah nak kata apa kalau tak faham lagi. Ayat aku dah simple sangat ni.
Wahai tanpa nama yang kat atas ni, dalam fiqh mana ada benar dan salah. Yang ada hanyalah yang benar dan paling benar! Cuba gak tadah kitab fekah depan tok guru sikit.. Adooiii..
kan aku dah ckp xyah dilayan nawi ni,korg bg hujah n citer pun dia tetap xfhm sbb asas xde.teringat kalam imam syafii:klw aku berdepan dgn org alim menang aku tp kalaw dgn org jahil kalah aku.....=)
Legasi Ummah berkata:
"Wahai tanpa nama yang kat atas ni, dalam fiqh mana ada benar dan salah. Yang ada hanyalah yang benar dan paling benar! Cuba gak tadah kitab fekah depan tok guru sikit.. Adooiii.."
Nawawi:
Maaf, saya mahu bertanya. Kaedah fiqh siapa yang enta guna dalam buat kesimpulan seperti di atas?
Nawawi2..
Takkan tak pernah dengar kata2 tu? Xsilap aku, tu kesimpulan Imam As-Suyuti.
Kat mana sedara mengaji fiqh ni sebenarnya? siapa guru sedara? Pilot Hafiz Firdaus? Apsal yang liat sangat nak bagitau ni?
Carilah guru yang benar2 guru kalau mau mengaji. Baca kitab Adab Al-Ikhtilaf Fil Islam (Disagreements in Islam) tulisan Dr Taha Jabir Al-Alwani. Adab dan ilmu perlu seimbang kawan..
assalamualaikum..
kepada "Legasi Ummah" dan "Pinggiran Putrajaya" , harap kalian berikan blog dan website kalian pulak..asyik nak komplen nawawi je, mane pulak nukilan ilmiah korang?
pengunjung-pengunjung blog ni macam saye yang awam memang tak pandai ape-ape tapi kami datang mencari ilmu so walaupun ada yang tidak bersetuju tetapi blog nawawi ni memang diakui ilmiah dan bagus..isinye memang datang dari rujukan quran dan hadis serte nukilan yang sahih dari agamawan dan ulama..
so kalau nak attack tentang dakwah dari seorang yang bukan aliran agame, kalian yang ustaz-ustaz dan graduan aliran islamiah pulak mane tulisan kamu semue? letak sini link biar kitorang pergi tengok dan bace pulak..
nak jugak kitorang post komen dekat tempat korang..asyik serang sini je..kate orang putar-putar tapi diri sendiri pusing balik pergi topik wahabi, dedahkan identiti ape semue..paku dulang paku serpih, kate dekat orang tapi die melebih..
"Bacalah, bukan untuk menyanggah dan mengeliru; pun bukan untuk terus mempercaya dan kemudian tidak ambil endah; dan bukan juga untuk semata-mata mencetuskan perbualan dan wacana; sebaliknya untuk menilai dan mempertimbang."
salam ziarah =)
Pinggiran putrajaya berkata:
"Takkan tak pernah dengar kata2 tu? Xsilap aku, tu kesimpulan Imam As-Suyuti."
Saya berkata:
Statement yg anda bawakan tidak layak dibuat berhujjah. Sekali lagi, kaedah apa yg anda gunakan? Klu ikut kaedah hadis, statement "klu x silap aku..." tu adalah kalam yg tak boleh digunakan berhujjah dengannya.
salam semua...
nawi,ape yg pinggiran putrajya ckp mmg betul,mgkn sbb dia xpasti rujukannya tp xbermkna kalam tu tdk betul.org yg belaja usul feqh dah maaruf ttg perkara tersebut.kalam ulama' yg warisan dr rasulullah,cb baca kitab usul feqh.disini mnnjkn anta xpernh ngaji usul feqh.xkn anta xleh nk fikir selama ni yg kritik anta semua glgn ilmuan n yg sokong serta kunjg blog anta kebykn glgn awam,perbezaan yg ketara nawi.lg satu jujurla jwb selama bbrp thn ni pernh x anta rujuk n nilai kritikan2 yg ditujukn pada anta?kitab2 yg diutarakan...anta pernh ckp anta adil dlm menilai tp ana xpernh nmpk ttg tu,blk2 anta rujuk albani jgk.klw nk jd salafi pun rujukla kitab turas,tp mslh anta sbb anta xtahu bhs arab so dgn tdk lgsg ape shj kritikan n rujukan yg diberi anta xdpt nk cari n baca.so cmn anta nk nilai secara ilmiah n adil.org yg kritik bukn bermakna dengki atau xsuka tp sbb amanah dgn ilmunya.jd sbg nasehat belaja asas dulu n mantapkan bbrp ilmu yg pntg mcm usul feqh,usul hadis,usul tafsir,sirah,qawaid fiqhiyah n lain2 lg klw minat nk citer bab2 hukum ni.bukan hanya copy n paste shj.ana sokong dgn kerja dakwah anta tp igtlah ape2 pun urusan kita didunia ini atau akhirat kn berpandukan ilmu.jd fikir2an k....
all d best to u ^_^
Benar Ya Ridzwan. Itulah sebenar-benarnya sebab aku di sini.
Betul. Kesimpulan 'Dalam fiqh tiada yang benar dan salah, yang ada adalah yang benar dan paling benar' adalah asas yang akan kita MULA-MULA belajar bila kita mengaji fekah. Pergilah mana2 universiti pun, inshaAllah, inilah benda yang pertama yang akan kita belajar.
Seingat aku, antara dalil yang menjuruskan kepada ulamak dalam membuat kesimpulan sedemikian adalah hadis Nabi s.a.w, "Siapa ijtihad dan benar hasilnya, 2 pahala. Sapa ijtihad salah hasilnya 1 pahala". Maaflah, benda ni dah lama belajar. Benda Basic pulak tu. Payah nak ingat balik dalil2nya.
Ibnu Nazmi berkata:
pengunjung-pengunjung blog ni macam saye yang awam memang tak pandai ape-ape tapi kami datang mencari ilmu
Aku berkata:
Bro, kalau bro kurang asas ilmu, nasihat aku, jangan cari ilmu dengan hanya membaca. Boleh baca dari sini atau blog lainnya, tapi tolong, sebarang percanggahan pendapat blog ini dengan apa yang selalu kita buat, bawkan depan ustaz yang benar2 ustaz. Tanya. Aku tidak kata blog ini salah. Aku hanya x bersetuju dalam beberapa isu. Sebab itu aku datang dan keluarkan pendapat aku.
Yang menjadikan aku 'berapi' adalah apabila adanya hinaan kepada ulama' oleh 'orang itu'. Siapa tak marah bila ulama muktabar spt Al-Ghazali dan Qardhawi dihina?
Kenapa aku mahu tahu siapa Nawawi? Mudah. Kerana Nawawi yang menulis. Pada mulanya, aku ingat Nawawi ni Ustaz. Atau lulusan agama dari Arab saudi (Univ Madinah). Tapi aku cukup terkejut bilamana bahasa Arabnya kantoi, basic fiqhnya lemah. Seolah-olah dia tak mengaji langsung usul fiqh. Jadi aku benar2 mahu tahu, apa kelulusan An-Nawawi. Di mana dia mengaji agama.
Tapi sampai sekarang dia tak sentuh dan tidak mahu jawab. Pasal apa? Kenapa nak malu bagitahu sapa guru kita?
Sudahlah tu, setiap kali mengeluarkan pandangan, dikutipnya kalimat al-Bani dan ditolaknya pandangan ulama2 silam seperti Al-Ghazali. Macam mana aku tak terkejut?
Setahu akulah, Al-Bani ni tak ada guru. Dia kata dia ada guru. Mengaji kat Damsyiq. Tapi tak pernah diberitahu gurunya siapa. Sesetengah memberitahu, dia mengaji dari buku tanpa guru. dari library. Wallahua'lam.
Tapi ada logiknya jika dilihat bagaimana dia menghina al-Hafiz al-Zahabi,Imam al-Hakim, Hafiz al-Munziri, Ibn Hajar al-Asqolani dan Imam Suyuti dalam kitabnya. Agaknya, pe'el itu yang diikut pengikutnya di sini.
Sebab itu aku susah nak terima pandangan Al-Bani. Sepertimana susahnya aku nak terima fatwa Syekhul azhar Syeikh Tantawi selepas dia bagi fatwa berkenaan suicide bomber dan hijab di Perancis.
Aku ulang nasihatku pada sahabat aku nawawi:
Base asas kalau nak mengaji agama, kena master Bahasa Arab. Bukan sekadar boleh bercakap, tapi tahu kaedah bahasanya yang pelbagai. Tahu ma'ani, bade', bayan, kinayah dsb. Barulah boleh menggali kitab ulama silam. Bukan baca kitab software terjemahan oleh orang2 yang entah siapa. Nanti senang salah faham.
Bila mengaji pulak. Elakkan baca atau study kitab dengan banyak. Al-Umm baca, Muwatta' baca, last2 tak habis, dan ilmu tak sempurna. Mudahlah sesat. Ambil satu kitab ulama yang benar2 muktabar. Contoh Mauizatul Mu'minin atau kitab originalnya Ihya Ulumiddin (Al-Ghazali). Belajar depan tok guru yang betul2 tok guru, bukan belajar dengan drebar teksi, pilot atau salesman yang tak pernah mengaji agama dengan formal dulu.
Kemudian, bila nak membabitkan diri dalam soal hukum atau ijtihad atau sesuatu hukum yang lain dr kebiasaan, belajarlah kaedah2 usul fiqh. Belajar kaedah masadir tasyri' (gali dalil ke akar umbi). Belajar adab berbeza pendapat. ( Rujuk Disagreements in Islam- Dr Taha Jabir al-Alwani). Barulah boleh terbabit dalam perbincangan.
Dalam isu yang sudah dibicara sejak zaman dahulu, dahulukanlah pandangan ulamak silam dengan MEMBACA TERUS KITAB MEREKA bukan membaca petikan2 daripada kitab 'orang yang baru meninggal dunia tahun 1999'. Berlainan dengan benda2 baru, seperti demokrasi, maka barulah dirujuk ulamak zaman kini.
Sekian. Aku masih mengharapkan kamu memberitahu siapa guru mu, dan dari mana kamu belajar agama kawan..
Sahabatku Ibnu Nazmi.
Tidak perlu kelayakan bagi kami untuk mempunyai blog atau web sebelum kami mengeluarkan pandangan pada mereka yang mempunyai blog seperti Nawawi. Siapa saja boleh berbincang asalkan ilmu teras itu ada.
Jika mahu membaca blog anti wahabi, search saja google. Mengapa perlu semua lulusan dan pelajar agama melibatkan diri sebagai pemblog? Method dakwah itu pelbagai, bukan hanya terhad pada blog saja kawan.
Saya sendiri, dan saya yakin Legasi Ummah dan lain2 lepasan jurusan agama di sini tiada niat menyerang dakwah. Bacalah tulisan kami. Tapi jika apa yang dibagitahu 'reverse' dengan apa yang kami belajar, sudah tentu kami akan keluarkan ilmu kami. Di sinilah amanah dalam ilmu. Apa kelebihan Nawawi sampai perlu kami dengki pada dia?
Buat sahabatku Nawawi,
Aku tergamam bila kamu mempersoalkan benda basic dalam fiqah seperti ini. Itu lebih dari cukup untuk membuktikan kamu tiada asas yang cukup dalam fiqh sedangkan kamu mahu bercakap tentangnya.
Sama bila orang yang tiada asas fardhu ain mempersoalkan, "Maaf, apa dalil air kencing najis?".Sedangkan, tak perlu tahu dalil pun, orang yang mengaji fardhu ain konfem tahu air kencing itu najis. Harap faham bandingan mudah ini.
Sepertimana Legasi dll, aku juga mengharapkan kamu dapat memberitahu siapa gurumu dan di mana kamu mempelajari agama. Tak apalah study sains bio pun. Tak janggal. Aku dulu aliran sains jugak.
Jika gurumu benar, dan kamu benar2 ada guru, kamu tidak akan terlalu mengelat seperti ini. Sehingga aku rasakan, seolah-olah ilmu kamu hanya melalui membaca buku terjemahan tanpa guru!
Terima kasih, di atas nasihat yg diberikan oleh anda.
Namun, saya masih menunggukan dalil dan rujukan.
Berkenaan hadis,
"Siapa berijtihad dan benar ijtihadnya, maka baginya 2 pahala. Dan barangsiapa yang ijtihad, dan salah dalam ijtihadnya, maka baginya satu pahala".
Maka, di sini bukankah menunjukkan bahawa ada ijtihad yg salah, dan ada ijtihad yg benar.
Minta tunjuk ajar. & sila bawakan syarah/komentar hadis ini dengan tepat dari beberapa rujukan.
Sekian. Wallahu a'lam.
"Saya sendiri, dan saya yakin Legasi Ummah dan lain2 lepasan jurusan agama di sini tiada niat menyerang dakwah. Bacalah tulisan kami. Tapi jika apa yang dibagitahu 'reverse' dengan apa yang kami belajar, sudah tentu kami akan keluarkan ilmu kami. Di sinilah amanah dalam ilmu. Apa kelebihan Nawawi sampai perlu kami dengki pada dia?"
oleh itu, berikanlah juge pujian setimpal dengan usahe nawi untuk sekurang-kurangnye usahe die bertungkus-lumus membuat blog berkongsi ilmu walaupun tidak sesempurne mane..korang-korang pule yang agamawan, bagus korang komen itu dan ini atas dasar amanah, imbangilah juge dengan korang buat jugak kalau tak banyak mane pun, blog ke, web ke untuk korang kongsikan pulak ilmu korang..mane pulak amanah korang di situ?
"Sudahlah tu, setiap kali mengeluarkan pandangan, dikutipnya kalimat al-Bani dan ditolaknya pandangan ulama2 silam seperti Al-Ghazali. Macam mana aku tak terkejut?"
"Sebab itu aku susah nak terima pandangan Al-Bani. Sepertimana susahnya aku nak terima fatwa Syekhul azhar Syeikh Tantawi selepas dia bagi fatwa berkenaan suicide bomber dan hijab di Perancis."
jangan double-standard..nawi sokong albani, korang sokong qaradhawi..masing-masing terime dan tolak ikut masing-masing..ni web die, terpulanglah ijtihad dan manhaj die untuk terime dan tolak sesiape..yes, qaradhawi memang hebat tetapi albani pun hebat juge..adil dan saksame..jangan pakse-pakse..kamu sendiri suke dan nak tak kene pakse terime pendapat syeikh albani dan fatwa syeikh ali tantawi itu?
"Yang menjadikan aku 'berapi' adalah apabila adanya hinaan kepada ulama' oleh 'orang itu'. Siapa tak marah bila ulama muktabar spt Al-Ghazali dan Qardhawi dihina?"
berapi?
'..dan apabila mereka marah mereka memberi maaf.' 42:37
'Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan(perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.' 2:263
"Kenapa aku mahu tahu siapa Nawawi? Mudah. Kerana Nawawi yang menulis. Pada mulanya, aku ingat Nawawi ni Ustaz. Atau lulusan agama dari Arab saudi (Univ Madinah). Tapi aku cukup terkejut bilamana bahasa Arabnya kantoi, basic fiqhnya lemah. Seolah-olah dia tak mengaji langsung usul fiqh. Jadi aku benar2 mahu tahu, apa kelulusan An-Nawawi. Di mana dia mengaji agama."
"Sepertimana Legasi dll, aku juga mengharapkan kamu dapat memberitahu siapa gurumu dan di mana kamu mempelajari agama. Tak apalah study sains bio pun. Tak janggal. Aku dulu aliran sains jugak.
Jika gurumu benar, dan kamu benar2 ada guru, kamu tidak akan terlalu mengelat seperti ini. Sehingga aku rasakan, seolah-olah ilmu kamu hanya melalui membaca buku terjemahan tanpa guru!"
bukankah ade linknye, number handphone, e-mail dan ym? dah contact?
"Aku tergamam bila kamu mempersoalkan benda basic dalam fiqah seperti ini. Itu lebih dari cukup untuk membuktikan kamu tiada asas yang cukup dalam fiqh sedangkan kamu mahu bercakap tentangnya."
"Setahu akulah, Al-Bani ni tak ada guru. Dia kata dia ada guru. Mengaji kat Damsyiq. Tapi tak pernah diberitahu gurunya siapa. Sesetengah memberitahu, dia mengaji dari buku tanpa guru. dari library. Wallahua'lam."
".xkn anta xleh nk fikir selama ni yg kritik anta semua glgn ilmuan n yg sokong serta kunjg blog anta kebykn glgn awam,perbezaan yg ketara nawi."
"klw nk jd salafi pun rujukla kitab turas,tp mslh anta sbb anta xtahu bhs arab so dgn tdk lgsg ape shj kritikan n rujukan yg diberi anta xdpt nk cari n baca."
adekah ini fakta atau sangkaan?
'Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa.' QS 49:12
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.' 16:125
'Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.' 3:103
e-mail, ym dan nombor handphone ade..harap pergeseran dan ketidaksetujuan dapatlah dibincangkan secare peribadi dan damai..wallahu'alam, wassalam..
'Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.' 49:10
Salam Nawawi..
Ana harap Nawawi dapat mengaji usul fiqh betul2. Nampak sangat asas kadang2 pincang sampai konsep 'dalam fiqh tiada benar dan salah' pun tak tau.
Usaha dakwah itu bagus, tapi ilmu yang teras mesti kukuh, baru bila 'bersoal-jawab', kredibiliti sebagai daei itu ada..
Buat ibnu Nazmi, bagi ana, lebih baik orang yang pandai senyap dari orang yang tidak pandai tetapi mahu bercakap. Kerana senyap ilmuwan itu hati2, dan bercakap si kurang pandai akan menyesatkan.
Kalau nak mengaji agama, tak perlu sampai jadikan blog sebagai pegangan utama. Jadikanlah kitab thuras dan guru agama yang berkelayakan sebagai rujukan. InshaAllah..
Terima kasih..
Salam Nawawi..
Macam ni lah, kamu pergi jumpa Lec Fiqh di Uitm. Tanya dia. Sebab kalau nak terang, 'ijtihad salah itu benar' dan 'ijtihad yang benar itu paling benar', aku takut kamu pening. Benda ni asas, kamu kena faham betul2. Jadi, lebih baik mencari guru.
Ibnu Nazmi,
Bukankah sudah di kata, kawan2 kami di azhar dan jurusan agama lain sudah banyak menulis blog. Contoh aisaralex,Taman Ilmu Islam,scene-r, jihad wahabi dll. Kenapa perlu semua terjun ke alam blog? Biarlah sebahagiam menjadi penulis, sebahagian menjadi penegur, sebahagian menjadi pengusrah. Bukankah seimbang?
Bukankah juga sudah aku katakan, aku tiada masalah dengan pandangan fiqhnya. Malah dalam isu merapatkan saf kami turut menyokong pandangan itu?
Kenapa dalam soal nak tahu siapa guru dan di mana mengaji agama perlu ber YM? Ber HP? Kalau di Mesir, agak2 patutkah orang Mesir telefon orang Malaysia hanya kerana nak tau,'Mengaji agama kat mana bang?". Cakap sajalah di sini. Lagipula, bukankah bicara ini sudah melibatkan ramai pembaca. Biarlah semua tahu. Apa salahnya memberitahu nama guru di sini??
Dalam fiqh, ada istilah tolak dan kritik kawan. tapi tak ada istilah hina. Aku tolak pendapat Albani, dia tolak pendapat Qardhawi. Tak apa. Tapi aku marah bila dia hina.
Takkan bila dia hina ulama' terang2 aku kena maafkan walhal dia tak menyesal dan dia tak mintak pun maaf tu? Lainlah kalau dia minta maaf terbuka.
Itu fakta setahu aku. ALbani mmg tak ada guru. Sebab bila buka sejarah dia, mmg tak nampak mana2 guru yang dia sebut.
Sebenarnya nak mengelak sangkaan tu senang. Nawawi konfemkan saja. Ya, saya mengaji Bahasa Arab, mengaji kitab itu ini, mengaji dengan cikgu itu ini. Tapi dia tak bagitahu. Jadi payah. Kami judge based on his replies. Kalau ada kawan2 kami bagi rujukan Bahasa Arab kemudian dia 'hanyut', macammana kami nak rasa dia tahu bahasa Arab. Kalau kami bagi asas fiqh dia persoal, macamana kami nak sangka dia mahir ilmu teras?
Bahaya benar berguru dengan kitab tanpa cikgu yang memantau!
Ingatlah, ilmu itu biarlah seperti piramid. Tapaknya besar, puncaknya kecil. Janganlah ilmu itu umpama tiang yang berdiri. Tapak dan puncaknya sama luas. Kelak runtuh binasa..
Ralat:
Bukankah juga sudah aku katakan, aku tiada masalah dengan pandangan fiqhnya.
Baca:
Bukankah juga sudah aku katakan, aku tiada masalah dengan Sebahagian pandangan fiqhnya.
Btw, Ridzwan. Blog yang baik. :)
-LU-
"Buat ibnu Nazmi, bagi ana, lebih baik orang yang pandai senyap dari orang yang tidak pandai tetapi mahu bercakap. Kerana senyap ilmuwan itu hati2, dan bercakap si kurang pandai akan menyesatkan."
dan kutujukan juge nasihat bergune ini untuk semue yang ade di sini..wassalam..
Siapa guruku??? Sungguh kini menjadi pertikaian.
Siapa guruku??? Yg pasti aku tidak berguru dengan Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam melalui melalui kasyaf, mimpi atau ilham. Aku juga tidak berguru dengannya melalui duduk bertalaqi di kuburnya.
Tapi aku megambil ilmu dari guru2ku, dari ustaz2ku, dari kajian kitab2 dan tulisan2 tertentu.
Kenapa aku tidak tampil dan malas menjawab? Kerana kalian bukan mengutarakan soalan. Tapi apa yg kalian lontarkan adalah perlecehan dan penghinaan.
Maka, aku tinggalkan kalian dengan artikel ini,
http://an-nawawi.blogspot.com/2008/10/tinggalkanlah-perdebatan-yang-tiada.html
Sekian, selamat berjidal!
Kalau nak jumpa, 013-3701152 (Shah Alam).
Siapa gurumu? dimana kamu belajar agama?
Apakah itu soalan ataupun hinaan? Takkan tak reti nak beza? Apa masalahnya bagitau nama guru kat sini? Pelik..
Perbincangan ni mmg dah lama patut habis kalau kamu ada teras ilmu fekah. Sebab kamu akan ada rasa hormat pada ijtihad lain dan bersifat terbuka.
how goes it I am Trying to find for people to join my Guild Caesary come take a look. and join my guild please! hawks raiders at http://www.lekool.com. Been playing Caesary game for 6 weeks. Caesary has been the best browser game in a long time!
[url=http://caesary.lekool.com]Caesary[/url]
[url=http://caesary.lekool.com]browser based[/url]
[url=http://video.lekool.com]Game Videos[/url]
[url=http://dc.lekool.com]Game Videos[/url]
Catat Ulasan